Ahad, 29 April 2012

Wanita cantik dipinggir kubur

 

 Dunia Seram - Peristiwa yang akan saya ceritakan ini adalah benar dan berlaku ke atas keluarga saya dalam 1972. Kami sekeluarga tinggal di Bishop Gate, yang terletak tidak jauh dari Grange Road. Kawasan itu sunyi dan hanya terdapat beberapa buah rumah banglo besar. Disitu ada satu kawasan terbuka yang luas dan ditumbuhi pohon pohon besar seperti beringin, cempaka dan sena serta bersemak samun.
Keluarga kami bukan lah orang kaya, tetatpi hanya menumpang sebuah rumah banglo usang yang dikosongkan sementara memohon flat. Banglo itu dijadikan stor oleh sebuah syarikat. Bilik kami hanya satu bahagian kecil dibelakang banglo itu.
Rumah itu jugak tiada bekalan elektrik kerana ia telah dipotong oleh syarikat tersebut atas sebab keselamatan. Hanya bekalan air tidak dipotong. Setiap malam kami terpaksa menggunakan lampu pam dan lampu minyak tanah. Dan setiap kali malam tiba, keluarga kami diseliputi rasa seram.
Petang suatu petang malam jumaat, Abang saya telah pergi ke rumah nenek saudara kami di jalan Masyhor dan tidak pulang hingga larut malam. Nenek saudara kami memang melarangnya pulang kerana hari sudah jauh malam, tetapi abang saya berkeras jugak hendak pulang.
Pada 11.30 malam itu, abang saya sempat menumpang bus yang penghabisan iaitu bus no 150. Kemudia dia terpaksa turun di perhentian bus bersebelahan kubur wakaf di Grange Road dan berjalan kaki selama lebih kurang 25 minit untuk sampai kerumah.
Semamsa turun dari bus itu, abang saya ternampak seorang gadis cantik duduk di perhentian bus tersebut. Ketika itu jam sudah menunjukkan 12 tengah malam lebih. Gadis itu berkulit cerah dan berambut ikal mayang panjang mengurai, tersenyum padanya. Abang saya cuba mengingat ingat siapa gerangan gadis itu. Dia tidak ubah seperti jiran kami. Dulu, abang saya memang selalu melihat gadis itu tetapi tidak pulak bertegur sapa, setakat tersentum sahaja.
Pada malam itu abang saya beranikan hati untuk menegurnya.
"Sorang aje?" abang saya bertanya.
"Ya," jawab gadis itu.
Abang saya bertanya lagi:"Buat apa seorang diri larut malam begini?"
Dia menjawab,"Saya nak balik, tetapi takut kerana dah malam...nanti ada hantu!"
Abang saya yakin gadis itu adalah jirann kami, lantas mengajaknya pulang. Dalam perjalanan, abang saya dan gadis itu berbual bual. Yang anehnya, gadis itu hanya berjalan di belakang abang saya. Pua abang saya menyuruhnya berjalan seiring, tetapi dia enggan. Abang saya menjadi kurang senang.
Setibanya dibawah lampu jalan, abang saya mengnggkan kekinya dan melihat ke belakang. Rupa rupanya gadis itu berjalan dengan kakinya tidak berpijak ke bumi. Abang saya pun berlari dengan kakinya tidak berpijak ke bumi. Gadis yang disangkanya jiran kami itu rupanya pontianak.
Dia ketawa mengilai sambil memanggil abang saya,"Tunggu bang! Tunggu bang!" Untunglah pontianak itu tidak mengejar abang saya hingga ke rumah.
Setiba dirumah abang saya terus melompat ke katil dan berselimut bersama sepatunya sekali.
Esoknya kami berasa hairan mengapa dia tidur memakai sepatu. Abang saya pun menceritakan apa yang terjadi. Kami semua tertawa bercampur seram

Petikan Dari  Kisahseram

Koleksi Cerita Seram - Whazzup-U.com 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan