Isnin, 24 Jun 2013

Di Cekik Jin Bertanduk 5

Kisah ini adalah kisah benar dan diambil dari blog “Pusat Rawatan Ruhaniah”.Bagi anda yang membaca entri ini,mungkin anda terfikir adakah entri atau kisah ini benar atau pun sekadar kisah dongeng.Terpulang pada anda nak percaya atau tidak.Disamping kisah ini,ada pengajaran disebaliknya..hayatilah..
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang
Fikiran aku hari ni tiba-tiba melayang suatu kisah yang aku alami lebih kurang 3 bulan lepas….Masa tu aku baru saja mulakan amalan zikir laillahaillah…Aku ingat nak habiskan zikir tauhid ni..ingat aku ,kalau aku buat satu hari seribu zikir,cukup 70 hari habis la 70ribu kali…
Sabda Nabi Muhammad (selawa t dan salam ke atas baginda), ertinya:
“tidaklah datang seorang lelaki pada hari kiamat yang mengucapkan ‘la ilah illallah’ kerana mencari wajah Allah, melainkan ia diharamkan daripada api neraka.”
Riwayat Ahmad, Al Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Al Baihaqi dalam kitab Asma was sifat.
Sabda Nabi Muhammad (selawat dan salam ke atas baginda), ertinya:
“Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah yang tidak seorang pun mengucapkannya dengan hati yang ihklas kemudian ia mati dalam keadaan demikian, melainkan dia diharamkan daripada api neraka.”


Menurut pandangan yang asoh tiada nas yang warid lagi sahih merekodkan secara khusus Nabi SAW bertahlil dengan 70 ribu kali. Nabi SAW berzikir itu ada tapi dengan matan 70 ribu kali tiada direkodkan. Yang ada direkodkan adalah bersumber kitab “Futuhat Makkiyyah – الفتوحات المكية” karangan ulama tasauf terkenal Ibnu Arabi dimana beliau mewasiatkan agar berzikir Tahlil 70 ribu agar terlepas daripada api neraka. Bermula daripada situ para ahli sufi mula meriwayatkan kalam Ibnu Arabi sampailah kepada kita sekarang
Selalunya aku buat zikir ni dalam 2-3 pagi,habis mengubat or mengajar Zikir ni bagi aku zikir Teragung, jadi biarla aku buat dengan kusyuk..zikir dengan adab, dengan duduk menghadap kiblat,dan dalam keadaan wuduk..sesuai dgan hadis tadi.
Sabda Nabi Muhammad (selawa t dan salam ke atas baginda), ertinya:
“tidaklah datang seorang lelaki pada hari kiamat yang mengucapkan ‘la ilah illallah’ kerana mencari wajah Allah, melainkan ia diharamkan daripada api neraka.”
Riwayat Ahmad, Al Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Al Baihaqi dalam kitab Asma was sifat.
Kalu mencari wajah Allah, mestilah hati kita sentiasa mengingat kepada Allah swt…Jadi bermulalah amalan zikir aku,aku jadikan zikir harian dengan azam dapat menghabiskan 70ribu kali…Dalam masa aku berzikir tu, setiap hari mcm biasala syaitan akan datang ganggu aku.. supaya aku tidak kusyuk dsn datangkan perasaan mengantuk
Dulu kali pertama dia datang menggangu aku ,aku campak je ke laut, dull pulak aku, selalu benar datang…Agaknya macam tu la pelajar2 tahfiz quran yang datang berjumpa ngn aku…ramai yang datang, mereka gagal menghafal, malas belajar, kepala jadi sakit, sesak nafas..mcm2 sindrom diorang kene..ada yang smpai nak buat operation sebab tak tahan sakit, nasib baik lepas buang jin2 n syaitan yg bersarang diorang semua ok balik..
Syaitan ni memang la musuh utama Adam dan cucunya, iblis berjanji akan menyesatkan sehingga hari kiamat…
Jadi memang iblis laknatullah ni akan menghantar tentara-tentaranya untuk menghalang, menghasut dan menggagalkan usaha-usaha orang yang ingin dekat kepada Allah swt…dan mereka akan menggunakan apa saja cara mereka untuk menyesatkan kita,,,
Jadi berbalik cerita aku tadi…dek kerap sangat diorang datang ,aku buang satu, datang yg lain, buang satu datang lagi, penat la aku, aku nak datangkan kusyuk dan ‘fana’ ni…tapi kalu duk datang-datang mcm ni mcm mana den nak buat ni…
Adakalanya apabila kusyuk dan fana datang dalam zikir aku..lidah aku terus lafazkan kalimah lailahhaillah , tapi hati aku or jiwa aku entah terbang kemana..adakalanya didalam masjid dengan ramai jemaah kat situ, adakalanya orang2 yang aku tak kenal datang melawat…tapi selalunya kesedaran aku datang balik bila tangan aku turut mengangkat doa mengikut jemaah yang berada di masjid berdoa…or tangan aku bergerak sambut salam dari orang2 yang aku jumpa ketika aku hanyut dalam zikrullah
Apabila tangan aku terangkat je, terus aku tersedar yang sebenarnya aku ada dalam bilik aku je..mulut tgh melafazkan kalimah laillahaillah…Tapi untuk mencapai kepada jiwa melayang, or jiwa kosong hilang dari jasad…selalunya zikir yang di lafazkan melebihi or mendekati seribu…itula selalunya yang aku rasa…
Tapi bila setan-setan datang ganggu, susah la aku nak kusyuk dalam zikir ni..sebenarnya zikir ni boleh di buat di mana-mana sahaja, sambil berjalan, sambil bekerja, sambil menaip ni pun boleh…
ertinya: “hendaklah lidahmu sentiasa basah mengingati Allah.” (Tarmizi, hasan. Hakim mensahihkannya dan Zahabi mengakuinya. Maulana Zakariyya, Fadhilat Zikir, 28, hadith 2)
Jadi ada sekali tu aku ingat aku malas la nak buang syaitan2 yg datang ganggu ni, aku ingat aku nak dakwah je diorang kali ni…So aku pun mula zikir sambil makrifah berdakwah atas kalimah Agong Lailallahillah..aku lafazkan bukan saja untuk aku, aku lafazkan sekali dengan niat dakwah kepada syaitan-syaitan yang datang menggangu,bukan saja aku berniat kepada syaitan yang mengganggu aku,aku niatkan sekali kepada jin-jin kafir yang diluar, biar diorang dengan kalimah agong ni…
setelah aku zikir beberapa kali nampaknya berkesan…syaitan2 ni tak tahan, diorang lari keluar menjauhkan diri dari aku..Dakwah ni memang terunggul..apabila kita niat berdakwah aje ,terus diorang lari…tengok saja azan..azan adalah seruan dakwah yang paling sempurna..mencicit lari setan2 dan jin kafir,,,bergelimpangan diorang melarikan diri benci dan takut mendengar seruan dakwah mengajak melakukan solat…
Sejak dari hari tu, bila aku rasa or nampak je jin2 or setan datang menggangu..aku terus niatkan zikir ni untuk berdakwah kepada mereka…aku nak bagi tahu mereka yang kalimah ni adalah kalimah tauhid yang benar dan suci,yang dibawa dari zaman Adam hinggalh zaman Nabi SAW…ni la kalimah yang di bawa oleh semua Nabi2 yang di utus..mengajak kepada ALLAH swt…
Sesungguhnya memang bekesan..
Suatu malam tu, habis je aku berzikir aku pun baring nak tido, dalam keadaan tido2 ayam tu, ada satu lembaga datang dari belakang aku…masa tu memang silap aku jugak, aku dalam keadaan tidur mereng ke kiri..ntah mcm mana aku terpusing ke kiri entah tak ikut sunnah…
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menganjurkan tidur miring ke kanan :
Dari al-Barra` bin Azib, Rasulullah Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda, “Apabila kamu hendak tidur,maka berwudhulah (dengan sempurna) seperti kamu berwudhu untuk shalat, kemudian berbaringlah di atas sisi tubuhmu yang kanan”

“Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu.” (HR. Al-Bukhari no. 247 dan Muslim no. 2710)
So masa aku dalam keadaaan mereng kekiri tu, lembaga tu datang amik kesempatan…dia datang cekik leher aku..cisss , ni dah main kasar, bukan main kuat pulak dia cekik..dalam keadaan aku bergelut nak lepaskan dari kunci maut Jin ni..aku dengar dia kata kat aku ” aku benci dengan ko cakap ayat2 tu, ko behenti cakap benda tu”….
Sebenarnya dah banyak kali gak aku kene cekik ngn setan-setan ni masa tido..yang aku ingat dah 3 kali dalam 3 tahun ni,ni bukan hempit badan mcm hantu raya berbulu tu tau..ni cekik kat leher, mmg nak kasi goal punya….tapi semuanya silap aku ,yg kali ni keadaan aku tgh mereng kekiri, yang 2 kali lagi tu aku dalam keadaan telentang…
cuma aku nak ceritakan kisah yang ni je la..sebab dengan jelas aku dengar suara dia marahkan aku berzikir secara dakwah tu….Beberapa minit gak la aku kene cekik, badan aku kaku tak leh bergerak…memang handal jin ni, ye la , dah bertanduk 5 memang ada ranking punya Jin la…
Kalu tanduk 1 pun dah kuat, ni kan dah bertanduk 5…Kalu nak tau, sepengetahuan aku la..Jin ni kalu nak tgk dia tinggi ranking or tak tengok pada tanduknya…lagi banyak lagi Ganas, kalu tanduk kontot tu..suh dia bertaubat lagi baik la kan….
tgk juga badan nya, kalu dah warna kemerahan macam api..pun dah tinggi rankingnya..begitu jugak bagi mereka yang dah mula bersayap…Bagi Jin yg dah bersayap n banyak tanduk, dapat la mereka gelaran Syaitan…itu la gelaran tertinggi bagi Jin kafir…Dalam keadaan aku bergelut nak melepaskan diri tu, aku mula zikir dalam hati…aku keluarkan cahaya yang tajam2 dari tubuh aku untuk menolak dia dan melepaskan cengkaman dia dari leher aku…
Nafas aku dah sangkut-sangkut masa tu, tubuh kaku tak leh bergerak…cuma yang aku mampu buat zikir dan lepaskan nur dri tubuhku..selepas beberapa masa yang aku tak ingat..aku berjaya lepaskan diri aku..(kalu tak berjaya,tak dapat la aku type cerita ni kan..:)..maka dengan izin Allah Jin tu tercampak jauh..
Pandai pulak, lepas tercampak dia terus pecut larikan diri…ewah ewah..suka2 datang, suka2 nak lari..mana boleh beb…ko yang cari pasal dulu..
Aku terus baca Laqad jaaakum rasullun (surah at taubah )…sampai habis..terus satu cahaya yang memanjang keluar dari tangan aku mengejar Jin Tanduk 5 tadi…nama pun cahaya, mesti la gerakan dia pun sepantas kilat …
cahaya tu terus melilit jin tadi yang dah lari agak jauh, aku tarik dia datang kepada aku balik…
cahaya yang memanjang tadi memendek masuk ke kadalam tangan aku balik sambil di hujung cahaya tu menarik Jin bertanduk 5 tadi….sampai saja Jin tu di depan aku, aku terus ikat dia menggunakan Lam Jallalah….setelah di ikat, aku pasakkan kaki dia supaya dia tak boleh larikan diri lagi….
Sepantas kilat aku lepaskan serangan halilintar memotong badan dia menjadi 4-5 bahagian…Kotor pulak bilik aku ngn badan-badan dia yang aku kerat2 tadi…amik ko, sapa suh ko ceroboh umah aku, dah la ko ceroboh, ko cekik pulak nak bunuh aku…


SUMBER:Pusat Rawatan Ruhaniah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan