Khamis, 12 September 2013

Lembaga Menyeramkan Di Wad Hospital

Sekadar gambar hiasan
 
Beberapa tahun yang lalu, aku telah dimasukkan ke hospital. Inilah kali pertama aku menjadi ‘penghuni sementara’ di sebuah hospital. Aku ditempatkan di sebuah bilik yang menempatkan enam orang pesakit. dan katilku terletak di tengah-tengah. Semua pesakit di bilik itu berbangsa Cina yang lanjut usia. Hampir setiap malam aku tidak dapat lena kerana ‘kekenyangan’ tidur pada siang hari.
 
Pada suatu malam, kira-kira jam 9, aku terasa ingin membuang air kecil. Tetapi aku takut untuk ke bilik air yang terletak agak jauh dari tempatku. Ditambah lagi, lampu di luar sudah dipadamkan. Disebabkan tidak tahan, akhirnya aku memberanikan diri untuk ke bilik air, khuatir akan ‘terbuang’ di atas katilku. Aku berjalan perlahan-lahan menuju bilik air. Setibanya di situ, aku dapati bilik air itu kosong. Namun aku terdengar seperti bunyi orang yang sedang menyelongkar sesuatu dalam tong khas untuk membuang tisu yang telah dipakai. Aku cuba memeriksa setiap tandas, tetapi semuanya kosong. Apabila aku pergi ke tandas terakhir yang bersebelahan dengan tingkap, aku dapati pintunya tertutup dan mungkin juga dikunci dari dalam. Aku pun biarkan sahaja kerana pada sangakaanku, mungkin ada orang di dalamnya.
 
Aku pun pergi ke sinki untuk mambasuh muka sementara menunggu orang yang ada di dalam tandas terakhir itu keluar. Aku memang selalu ke tandas itu dan tidak pernah ke tandas lain melainkan untuk mandi. Lama juga aku menanti. Apabila aku rasakan begitu lama, aku kembali menjenguk tandas itu semula dan… alangkah terperanjatnya aku apabila mendapati tiada sesiapun di dalamnya. Pintu terbuka luas, tidak tertutup seperti tadi. “Bila masa orang ni keluar, tak nampak pun,” kataku sendirian. Aku mula terasa takut. apa tidaknya, hampir 10 minit aku menantinya di luar, tiba-tiba tandas itu kosong dan pintunya terbuka padahal aku yang berada di luar tak nampak sesiapapun semasa aku mencuci muka tadi.
 
Oleh kerana terlalu takut, aku tak jadi buang air dan terus balik ke bilikku. Aku cuba tenangkan perasaanku. Sepanjang malam aku gelisah dan tidak boleh tidur. Puas aku cuba memejamkan mata, tetapi gagal. Dalam kegelisahan begitu, tiba-tiba aku terpandang sesuatu di luar tingkap. Dalam kesamaran, aku ternampak kepala orang yang sedang memerhatikan aku. Rambutnya putih, kusut masai ke paras bahu, mukanya hodoh, terkopek-kopek dan berdarah. Matanya cengkung termasuk ke dalam. Aku benar-benar terpaku. Mataku tidak berkelip memandangnya. Darahku berderau, naik ke muka, jantungku berdebar-debar. Bulu romaku berdiri tegak dan tubuhku terasa seram sejuk. Mulutku seolah-olah terkunci untuk berkata-kata. Dalam hatiku berdoa…”Ya Allah. Kau selamatkanlah hamba Mu yang lemah ini.”
 
Tiba-tiba seorang pesakit menekan butang untuk memanggil jururawat kerana ingin membuang air. Apabila jururawat itu datang, lembaga itu tetap ada di situ. Aku cukup hairan, mengapa jururawat itu tidak nampak lembaga itu sedangkan ia benar-benar berada di hadapannya. Lama-kelamaan, lembaga yang tidak berbadan itu perlahan lahan naik ke atas dan terus menghilang menembusi siling. Aku yang sepatutnya dibenarkan pulang keesokan harinya terpaksa ditahan sehari lagi kerana demamku terlalu kuat dan suhu badanku naik terlalu tinggi. Kini, segalanya telah pun berlalu. Namun, peristiwa seram itu tetap terpahat dalam ingatanku dan tidak mungkin aku dapat lupakan.
 
Sumber :

1 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam