Selasa, 22 Oktober 2013

Misteri Di punggol



 
Kanak-Kanak Misteri Di punggol, Singapura ~
 
***
Hujan lebat gila kat JB ni, terpaksa lah aku hentikan segala aktiviti di luar. Alang-alang aku dah teringat kat pengalaman aku semasa aku di singapura baik aku cite kat korang k.aku ni tak pernah lah jumpa hantu ke or nampak face to face dengan benda alah ni tapi setakat gangguan- gangguan tu adalah kan. Kelibat tu ade jugak aku pernah ternampak. Kekadang aku tak layan sangat benda-benda tu sebab aku takot tu illusi aku je. Aku kan suke benda-benda mistik so aku suka cari tau pasal dieorg, aku takot aku terlampau takot sampai blh terbayang benda-benda tu.

Pengalaman aku ni semasa tahun 2009. Masa tu aku bercuti kat umah mak usu aku ( sekarang mak usu aku dah meninggal pada tahun tu juga), mak usu aku tu baik orangnya,perAmah. Dia tinggal kat punggol kot. Aku ni jalan-jalan kat singapore ni tak lah pandai sangat kan.

Aku ni kalau pegi mana-mana pun bukan suka berjalan or merayap tak tentu pasal, so cousin aku, ain tu ajak lah aku kuar ( ain ni sama age dgn aku,dan anak keempat dari enam org adik beradik juga sama macam aku) . Mula-mula tu aku malas jugak sebab jam dah menunjukkan pukol 11 malam,mata aku pun dah berat masa tu.

Aku tak nak lah kecikkan hati ain lalu aku pun bersetuju untuk lepak dgn die kat satu kopitiam ni( singapore takda kedai mamak mcm kat malaysia ni).kami hanya berjalan kaki saje sbb dekat dgn blok umah mak usu aku tu. Kira-kira 10minit berjalan dah boleh sampai lah. Aku pun order lah minuman fav aku, nescafe tarik. Ain pun order minuman yang sama macam aku.so kiteorang pun borak -borak lah sampai tak ingat jan dah pukol 3pagi. Air pun dah 4 cawan dah. Biasa lah lama tak jumpa banyak lah benda nak diceritakan. Aku jenis yg suka dengar dari bercakap dan ain pulak kuat bercakap.

Aku pun ajak lah ain balik sbb dh lewat btl ni. Ain pun membayar minuman tu dan kami blah dari kopitiam tu. Sedang ain rancak berborak sambil berjalan pulang aku nampak dua kanak-kanak cina main kat playground yg terletak kat depan blok umah mak usu aku tu. " Hai budak-budak ni tak tau tido ke?'...aku nampak kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan sedangbermain kejar mengejar kat situ.

Ain bercakap non stop dan fikiran aku melayang ntah kemana.aku memang pelik btl. Ain nampak reaksi air muka aku dah lain dan die bertanya kenapa dan aku hanya mampu menunding jari ke arah playground tu je. Ain menarik aku dan terus masuk ke lift. Sampai je kat umah aku terus cite kat ain dan ain hanya menjawap
" Kat kawasan ni memang keras sikit noi,ko kena tahan je lah. Aku dah biasa kena".
Slurrppppp..tertelan air liur aku debgar jawapan ain tu. Aku punya lah takot sampai demam keesokkan harinya.


Aku tudak menyangka sama sekali yang aku akan mengalami kejadian aneh pada malam tu. Sumpah beb,aku tak nak pegi singapore lagi!! ~
 
 
Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan