Khamis, 31 Oktober 2013

Tergantung Atas Pokok


 
limbangtown-cerita-hantu-di-limbang

Cerita Hantu – Aku ternampak orang bertopi keledar tergantung atas pokok

Apa yang aku bakal ceritakan ni terjadi kat diri aku sendiri. Beberapa tahun lepas. Aku tak ingat sangat bila, aku masih kecil waktu tu. Tak la kecil sangat macam bayi, dalam umur 10 tahun macam tu kot. Entahlah, tak ingat lak. ;p
Kisahnya bermula bila bapak aku bawak gi ke kebun milik nenek, yang terletak jauh kat dalam hutan. Aku tak ingat apa nama tempat tu, tapi benda ni terjadi kat Limbang. Waktu tu, kitorang bertolak dari rumah awal pagi, sekali dengan abang aku, dan beberapa orang lain. Itu pun aku tak ingat sapa. Yang penting saudara-mara aku gak.
Dalam perjalanan nak ke kebun tu, semua ni terjadi. Aku ni kalau bab2 naik kereta, suka duduk kat tepi pintu kereta sebab senang bersandar & buka tingkap sambil jenguk2 permandangan di luar.  Di suatu tempat, yang mana hutan je kelihatan tak semena2 aku ternampak satu susuk orang.
Berjaket, bertopi keledar kat atas pokok tergantung. Bab2 tergantung, korang tau la macamanakan? Macam orang kena gantung sampai mati. Macam tu la. Aku bila ternampak, macam tak percaya. Balik2 aku tengok2. Tapi memandangkan van yang kami naiki bergerak laju, jadi aku cuma dapat tengok sekilas pandang.
Aku pun bagitahu lah kat bapak aku yang tengah driving kat depan. Aku bagitahu yang aku ternampak orang tergantung atas pokok. Pastu, terus dia jawab. “Mengada2 la ko ni, mana ada orang tergantung atas pokok”. Aku tak pasti nada bapak aku bercakap waktu tu macam marah ke tak, tapi mungkin juga dia marah kot.
Ye la, dah nampak benda2 ganjil macam tu, berani lagi nak tegur. Dah la kejap lagi nak masuk hutan. Waktu tu aku masih kecil, jadi selamba je la tegur. Hehehe. Aku pun terkial2, masih terfikir2 betul ke apa yang aku nampak tadi tu. Rasa seram tu ada la juga. Tapi, sebab kami ramai kot jadi aku tak la rasa takut sangat.
Waktu kat kebun tu memang serius aku kata, tak berani aku jauh2 dari bapak aku dan yang lain2. Seram giler. Tertekan gak waktu kat sana, banyak nyamuk. Gigit sana, gigit sini. Kalau korang tengok aku waktu tu, memang korang gelak. Mengamuk sorang2 sebab kena gigit nyamuk. ;p
Bila nak dekat waktu maghrib baru kami bersiap untuk balik. Dan sewaktu dalam perjalanan, aku cubalah tengok balik tempat aku nampak orang tergantung atas pokok tu, tapi… Langsung tak nampak. Jadi aku rasa, mungkin khayalan aku je kot. Dalam sejam macam tu baru kami selamat sampai ke rumah.
P/s: Pssstt.. Agak2 korang apa yang aku nampak tu ek? Sekadar pokok ke …..  benda tu?
Yang punya cerita hantu,


Sumber

1 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam