Selasa, 26 November 2013

Puaka Laut


 
 
Cerita benar yang di kisahkan oleh salah seorang ahli MJ12 Momokz. Kisah mengenai 7 sekawan memancing di lokang berdekatan East Coast.

Pada kira-kira jam 5 petang, cuaca kelihatan agak baik untuk memancing, lalu kami bersiap untuk menuju ke destinasi memancing.

Sesampai di destinasi, Abang Din bukan nama sebenar berkata "Man, abang nak ke sana (sambil menunjuk arah) di situ ada water breaker dan abang nak tengok dahulu, amacam ada best ke tidak itu tempat". Dengan mudah kami mempersetujui walaupun ketika itu hari hampir magribh. Kami semua sudah mula melontar pancing.

Lama gitu kami dapati Abang Din belom kembali, kami pun segera mencari Abang Din. Pada hemat kami takkanlah Abang Din hendak memancing berseorangan. Kami mulakan langkah menuju ke water breaker dan kami dapati Abang Din duduk di tepian pasir. Kami pun memangilnya sejurus melaungkan pertanyaan "Abang Din! Buat apa tu?!"

Pabila kami menghampirinya, kami dapati dahi Abang Din berdarah, "Ishhh, ape hal ni bang?" Kami agak terkejut. Lalu jawabnya "Terhantuk kat bawah batu tu (sambil menunding arah batu)".  Kami pun bertanya lagi "Abang Din ok tak ni?". Dia jawab ok je lalu di ambilnya kain lalu mengelap darah di dahinya.

Kelihatan Abang Din agak lemah dan pucat wajahnya. Kami berbisik sesama sendiri rasa agak kurang enak melihat Abang Din begitu. Lalu Kami papah Abang Din ke khemah kami. Memang keadaan Abang Din jelas berlainan serta agak kurang stabil lalu kami nasihatkan agar Abang Din berehat dahulu.

Kami pesan Abang Din jangan lagi memancing seorang diri, walaupun dia jawab "ok, ok" tapi Abang Din masih lagi memegang umpannya. Dalam pada itu sempat kami berehat sama lalu menjamah bekalan yang kami bawa sambil menunggu pancing kami. Selang sejam begitu tetiba seorang teman bertanya perihal kemana kah Abang Din.

Abang Din Hilang lagi. Walaupun sebentar tadi dia duduk di belakang kami.

Suasana ketika itu agak sepi tidak terdapat ramai pengunjung. Sepintas kami bangkit lalu menjejaki Abang Din. Kami bertiga fikir tentu Abang Din pergi melontar di bahagian bawah... tapi alangkah terkejutnya kami apabila lihat Abang Din tertiarap dan badannya mengelupur.

Segera kami mengangkat Abang Din dan memangil sahabat yang lain. Kami terlentangkan Abang Din dan coba mengejutkannya. Ketika itu pegangan kami terlepas, terkejut kami melihat Mata Abang Din  Merah bersaga dan kelihatan agak bengis.

Berulang kali kami berisitgfar dan menyebut kalimah Allah hu Akhbar dan MasyaAllah. Mujur sahabat yang lain tiba dan sekonyol Abang Din mula meronta-ronta seperti lagak seorang yang telah kerasukan. Waktu Abang Din meronta-ronta itu dengan suara garaunya dia bertempik "Engkau SIAPA? Jangan pegang Aku!! Aku akan serang kamu semua!!!"

Kami semua panik dan biarkan dia meronta seketika. Mahkluk dalam badan Abang Din bersuara lagi "AKU PUAKA LAUT!!! Di lubok itu rumah AKU! Kenapa kawan kau ini datang dan pijak-pijak tempat AKU duduk?!!"

Pada masa itu kami terpana bisu seribu kata dan sukar untuk berlawan kata. Kami segera kemas barangan kami untuk beredar. Kami coba untuk hubungi keluarga Abang Din untuk beritahu keadaan Abang Din kepada ibu dan keluarganya tapi gagal kerana kami tidak mempunyai no taliannya.

Untuk mengelakkan Abang Din tercedera kami bertekad untuk mengikat Abang Din. Memang sukar untuk kami mencari tali dalam kekalutan keadaan. Mujur ada sarung joran maka sarung joran itulah yang kami gunakan untuk mengikat tangan dan kaki Abang Din. Kami tiada pilihan lain selain membawa Abang Din pulang ke rumahnya.

Kami segera menaiki lori dan membawa Abang Din yang masih lagi meronta-ronta dengan ganasnya. Amat sukar untuk mententerankan Abang Din walaupun kami ramai.  Jam menunjukan jam ke pukul 11 malam. Kami berjaya mengangkut Abang Din dan tempatkannya di sudut.

Dalam perjalanan Mahkluk yang meresap ke tubuh Abang Din terusan memekik 'Oiii Oiii' kearah kami. Setibanya di rumah Abang Din kami segera letak abang din di lantai rumahnya dan kami dapati ikatannya telah terlerai. Kami bertanya kepada ibunya mengenai Abang Din dan menyuruh mendapatkan pertolongan pakar.  Ibu Abang Din usulkan salah seorang dari kami memangil seorang wanita tua yang di kenali dengan pangilan Orang Asli Laut untuk menolong Abang Din.

Mahkluk yang berada dalam tubuh Abang Din merapah dan meraung-raung lagaknya. Sementara menunggu perawat, puaka di dalam tubuh Abang Din semakin ganas lalu menendang sesiapa sahaja dekat padanya. Hampir semua di antara kami mendapat habuan memasing semuanya di rembat tanpa belas kasihan. Seorang teman kami sehingga tercampak dek tendangan yg luar biasa itu.

Kedatangan nenek di sambut salam. Nenek masuk dan merenung wajah Abang Din lalu bersuara "Ohhh engkau rupanya yang meresap ke tubuh si Din ni. Apa yang kau mahu puaka laut?" herdik nenek tersebut. Puaka itu ketawa besar dengan angkuhnya lalu mengherdik kembali "Bukan masaalah kaulah orang tua! Kau pergi jahanam! Jangan ganggu aku! Aku suka padanya"

Nenek memberitahu bahawa rawatan ini tidak mudah dan akan mengambil masa yang agak panjang dan mohon agar semua dapat membantunya. Nenek menyuruh salah seorang dari kami membuka baju Abang Din. Setelah di tanggalkan kami terkejut besar ada benjolan-benjolan (seakan belon) merah besar di tubuh Abang Din, ianya hampir menyerupai sisik ikan.

Sessi rawatan mengambil masa selama 6 jam lamanya. Kami semua keletihan maklumlah blom dapat rehat sepenohnya mentelah tidor. Nenek terus membaca kalimah sehingga lah waktu menjelang tengahari. Lalu Nenek arahkan kami membuka tingkap rumah kerana di dapati mahkluk puaka tersebut juga telah menunjukan kelemahan. Sekilas Abang Din mula meronta-ronta kepanasan dan kami yang melihat amat simpati terhadapnya.

Puaka tersebut mula memohon semoga di lepaskan sambil menjerit "Lepaskan lah aku dah panas-panas!" dan mulalah puaka tersebut minta di keluarkan dari tubuh Abang Din. Selang tiga jam puaka itu mengalah dan nenek lepaskan gengamannya dan ia pun keluar dengan sendirinya.

Alhamdullillah selang beberapa waktu Abang Din sedar dan mula mengerang kesakitan. Yang memeranjatkan kami bejolan atau belon-belon merah yang terdapat di tubuh Abang Din mula meletup-letup. Lama kelamaan sisik mula menghilang. Apabila kami bertanyakan pada nenek mengenai puaka tersebut, nenek memberitahu puaka tersebut telah keluar melalui tingkap.

Sekian Terimakaseh Cerita Asal dari salah seorang ahli kelab MJ12momokz.

Jangan terlalu taksub ia hanya sebuah hiburan semata.
 
 
Sumber

1 ulasan:

  1. Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
    Atau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
    Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya

    Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    - Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
    - Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5%
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
    - Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    7 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    Tunggu Apa Lagi Bosku ?

    BalasPadam