Rabu, 9 April 2014

Apartment 13A - Cerita Hantu

 seram

Kisah Seram Aku Di Apartment 13A



Kisah Seram Aku Di Apartment 13A - Aku Lisa, seorang graduan yang baru sahaja memulakan kerja sebagai seorang penulis biasa di sebuah syarikat akhbar tempatan. Pengalaman seram aku bermula apabila aku menyewa sebuah apartment berdekatan dengan tempat kerja ku pada awal bulan lalu.
Baru sahaja memulakan kerja, tentu sekali aku ingin mencari sebuah tempat yang murah sewanya lebih-lebih lagi jika hidup di kota metropolitan yang kos sara hidupnya tinggi. Satu hari sedang aku melayari sebuah laman web hartanah, aku terjumpa dengan sebuah iklan yang menarik perhatianku, fikirku dalam hati “Aha! Akhirnya jumpa juga rumah yang dekat dengan tempat kerja, sewa murah pulak tu.” Lebih menarik lagi keadaan rumah itu serba lengkap dengan perabot dan berdekatan  dengan stesen transit LRT, tanpa membuang masa lagi aku terus menelefon Encik Tan pemilik rumah tersebut. Aku terus menetapkan masa untuk berjumpa dengan Encik Tan, melihat sendiri keadaan rumah itu dengan mata aku sendiri.
Keesokan harinya aku bertemu dengan Encik Tan, melihat keadaan rumah sewa itu aku terus  bersetuju untuk menyewanya, aku berpindah pada hujung minggu dengan pertolongan beberapa rakanku untuk mengangkat barang-barang aku ke rumah baru. Semuannya berjalan dengan baik, aku seperti biasa menjalankan tugas aku, pergi kerja balik kerja pulang ke rumah semuanya normal. Sehinggalah, satu malam di mana aku takkan lupakan sepanjang hidup aku.
Kehidupan sebagai seorang penulis memang memerlukan aku untuk membuat kajian dan mengumpulkan maklumat hingga lewat malam. Ketika sedang asyik aku  membuat kajian di hadapan komputer di ruang tamu, aku tersentak seketika apabila terdengar dentuman yang kuat di pintu rumahku. Pada waktu itu jam sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi. Aku mengendahkan bunyi itu, buat seketika keadaan menjadi sunyi sepi, tiba-tiba kipas pula terhenti ‘’Ah sudah! Kenapa lak kipas ni tiba-tiba berhenti ni, janganlah main-main dengan aku! Aku tak kacau kau pun kan”.

Dalam hati aku sudah merasa sedikit takut, peluh mula menitis dan jantungku berdegup laju. Aku cuba untuk membaca ayat-ayat suci Al-Quran yang aku tahu. “Alhamdullillah, takde apa-apa dah” kataku dan aku terus sahaja menyiapkan kerjaku.
Aku terus menuju ke bilik dan naik atas katil untuk tidur, malam itu entah kenapa aku merasa gelisah seakan ada ‘benda’ yang menghempap badanku, aku merasa panas yang amat sangat. Tiba-tiba, kaki aku ditarik kuat. Aku terus terbangun dari katil, keadaan menjadi lebih teruk apabila aku mendengar seakan suara seorang wanita sedang menangis, suaranya sayup dalam dingin malam. Kedengaran dia seperti meminta tolong . “Eh! suara siapa pulak tu?” bisik ku dalam hati.
Aku menguatkan diri untuk menuju ke ruang tamu dan mengenal pasti dari mana datangnya tangisan itu. Alangkah terkejut diriku melihat apa yang sedang berada di depan ku, sepanjang hidupku tak pernah aku melihat sesuatu seperti ini dan kalau boleh memang aku tidak mahu melihatnya, badanku kaku, lidahku kelu tidak dapat berkata apa-apa!.

 Kisah Seram Aku Di Apartment 13A - Seluruh tubuhku menjadi sejuk , di depan mataku  kelihatan susuk seorang wanita  dengan wajahnya yang sungguh mengerikan! Matanya terbojol keluar titisan-titisan darah keluar dari lubang matanya, lidahnya terkeluar panjang hingga ke lantai dan kepalanya bengkok seakan patah di lehernya.
crawling
Kukunya tajam dan kelihatan ulat-ulat yang busuk keluar dari segenap tubuhnya. Tangisan sayup tadi bertukar menjadi ngilaian yang kuat. Lembaga itu menerkam badanku , dan mencekik leherku . Seketika aku dapat merasakan yang aku akan mati pada malam itu, terbayang wajah-wajah orang yang ku sayangi, “mak…abah…” kata kecilku dalam hati. Terlihat bayangan wajah ibu bapa ku serba sedikit memberi aku kekuatan untuk bangkit .  Aku mula berdoa dalam hati supaya Tuhan menyelamatkan aku dan terus ku baca ayat kursi . Lembaga itu terus menjerit kesakitan dan melepaskan ku lalu hilang.
Aku lega  kerana lembaga itu tidak ada lagi, dengan tubuh yang lemah aku merangkak perlahan-lahan  dan ingin mencapai Al-Quran yang berada di kamarku , akan tetapi tubuhku memang sudah terlalu lemah , semuanya menjadi kabur dan aku pengsan di tengah-tengah ruang tamu.
Keesokan paginya, aku terjaga terdapat kesan cakaran di badanku serta kesan lebam di leherku. Aku bangun perlahan-lahan dan terus ke bilik air untuk membersihkan diri dan mengambil wudhuk. Terasa benak di fikiranku akan apa yang telah terjadi semalam. Aku terdetik untuk menelefon Encik Tan namun aku tidak dapat menghubunginya.
Aku menelefon rakan sepejabatku Zura dan memberitahu bahawa aku tidak sihat dan tidak dapat hadir ke pejabat hari ini. Zura yang risau tentang keadaanku meminta alamat rumahku dan memberitahu bahawa dia akan datang melawat nanti.
Sudah tiba waktu petang, telefon bimbitku berbunyi
“ Hello Zura”.
“ Lisa kau boleh turun tak?”
“Ok kejap aku turun”
Aku turun ke bawah ke tempat parkir kereta. Dari jauh dapat ku lihat wajah Zura yang tidak tentu arah dan gelisah.
Zura memegang tanganku erat.
“ Jom naik kereta aku, aku bawa kau ke tempat lain asalkan bukan tempat ni”
Aku bingung, tidak mahu melukakan hati Zura aku terima ajakkannya itu. Kami berhenti di sebuah restoran. Zura tidak berkata apa-apa sepanjang perjalanan.
Aku bertanya kepada Zura.
“Beb, kenapa aku tengok dari tadi kau senyap jer? Kau ada masalah ke?”
“ Tak..tak de aku tak ada masalah” jawab Zura.
“ Sekarang siapa yang tak sihat ni aku ke kau?” tanya ku berseloroh.
“Eh Lisa, aku nak tanya sikit boleh?”
“Tanya lah”.
“Engkau serius duduk situ” Zura mengerutkan dahinya.
Aku hanya mengangguk.
“ Kenapa leher kau lebam tu? Kau kena pukul ke? “ tanya Zura.
“ Tak”
Lalu aku menceritakan apa yang telah terjadi pada diri ku semalam. Zura hanya tergamam seakan-akan tidak percaya .
“ Lisa , sebenarnya aku nak beritahu kau ‘something ni’ “
“Apa dia? Kenapa muka kau serius sangat ni”
“ Sebenarnya, rumah yang kau duduk tu rumah berhantu.”
Rupa-rupanya sebelum ini terdapat seorang wanita  juga  graduan seperti menetap di situ. Pada satu malam selepas bergaduh dengan teman lelakinya , dia telah di rogol dan di bunuh secara kejam. Mayatnya pula di gantung seakan ia membunuh diri di tengah-tengah ruang tamu tersebut.
Suicide-hanging_(1)_Naijapals[dot]com (1)
Sejak dari kejadian itu ramai mengatkan bahawa teman lelakinya sering di hantui oleh wanita tersebut, tidak tahan dengan gangguan yang di alaminya, dia pula di laporkan telah mati dengan mengantungkan dirinya  sebulan selepas teman wanitanya itu mati.
Selepas dari mendengar cerita tersebut, aku membuat keputusan untuk berpindah bersama Zura. Aku tidak lagi menoleh ke belakang dan mengharapkan agar aku tidak lagi menemui perkara seperti ini lagi. Pengalaman ini mengajar aku supaya aku tidak terlalu leka dalam memilih dan berfikir sebelum membuat sesuatu keputusan  serta jangan mudah terpengaruh dengan apa-apa tarikan agar ia tidak menjejeaskan diriku.


Sumber 

Lagi Kisah Seram: Ghost Stories Club  

2 ulasan:

  1. cerita ni best la jugak..dan disebaliknya ada jugak moral yang kita boleh dapat

    BalasPadam
  2. Cerita yang menarik dan awak mempunyai semangat yang kuat

    BalasPadam