Selasa, 22 April 2014

Kisah Seram - Apartment Ukay Perdana

 

Dunia Seram - 6 bulan dulu ex-company aku ada buka asrama untuk pekerja kilang. Just nak tolong staff kitorg duduk kat situ sementara diorg dapat rumah sendiri. So aku sebagai team leader, aku kena monitor consultant-consultant aku dari segi berapa orang duduk kat rumah tue, perabut, kunci dan sebagainya. Selalunya aku akan biarkan consultant aku saja buat kerja dan aku hanya akan tunggu update saja. Kalau ada isu-isu penting baru aku sendiri akan turun padang. Buat masa ni ada 4 orang yang duduk dalam hostel (Wani, Joyah, Bedah dan Aisyah – sedapkan nama diorang. Haha..

Jadi pada suatu malam tue, pukul 1030 malam aku terima satu panggilan daripada penghuni hostel tue, Wani. Wani menangis-nangis telefon dan bagitau mintak tolong aku datang hostel sekarang jugak sebab ada gangguan. Ketika itu hanya ada 4 orang duduk dalam apartment tue dan 3 daripada mereka dah lari ke unit bersebelahan sebab dah terlalu takut. Rumah lelaki bujang pula. I'm getting restless as they are already disturbing other tenants so I tried to coax them and requesting them to return to their unit but they refused profusely.  Diorang tetap menangis-nangis dan meminta aku datang secepat mungkin.

Disebabkan aku hanya seorang lelaki dan ingin ke hostel apartment perempuan secara berseorangan, aku pun call consultant aku, Azman utk pergi bersama-sama. Takut pun iya jugak. So bila sampai saja, kami terus naik ke tingkat 4. Puas kitorang ketuk pintu dan bagi salam tapi tiada seorang  pun yang membuka pintu pun. Tetiba Wani & Joyah keluar dari unit bersebelahan dan terus minta ditukarkan ke unit hostel yang lain. Si Bedah lagi laa haru, dia taknak keluar langsung dari unit lelaki tue. Penat aku mintak maaf dari tenant tue.

Adoi… Bila ditanyakan apa yang terjadi, Wani cuma memberitahu yang ada hantu dalam unit itu. Kami meminta kunci untuk masuk ke dalam unit tapi Wani memberitahu yang Aisyah masih ada di dalam unit. Aku dan Azman pun marahlah dengan diorang berdua.

“Kenapa tinggalkan Aisyah seorang? Dah tahu ada hantu kenapa tak bawak dia keluar?” kata Azman.

“Nak bawak dia keluar macamana kalau kitorang pun takut dengan dia?” kata Wani.

Haih, cerita misteri yang lain pulak…

So kami pun perlahan- lahan ketuk pintu dan cuba pulas tombol. Tak berkunci rupanya.. Ceh, so kami pun terus ke ruang tamu. Masuk-masuk saja ke dalam rumah, si Aisyah tetiba keluar dari bilik 1 dengan rambut serabai. Aku dah terkejut sebab timing dia cantik je dengan time aku masuk. Aku pun memberi salam pada dia, dia tak jawab tapi cuma tersenyum jer. Si Joyah dan Wani dah menyorok-nyorok takut kat belakang aku dan Azman. Aku bertanyakan pada si Aisyah, ada nampak apa-apa yang pelik atau tak tapi si Aisyah menidakkan sahaja, dia kata takde apa-apa yang pelik pun.  Jadi aku mintak si Wani dan Joyah menceritakan apa yang sebenarnya terjadi.

Pada pukul 7 malam Aisyah, Joyah, Bedah dan Wani sedang seronok makan durian di ruang tamu sambil bergelak ketawa. So sambil si Wani sibuk mengopek durian, si Joyah dan Aisyah pergi ke dapur untuk mencuci pinggan dan gelas. Tiba-tiba si Aisyah bercakap seorang diri, “Aih, dah datang dah pulak dia.”

Dari ruang tamu pula serentak si Wani dan Bedah nampak sesusuk tubuh, berjubah hitam dan berkelubung menjenguk mereka dari bilik 1. Mereka cuma senyap dan terus sambung makan sambil mengigil. Si Joyah di dapur pula dah mula takut sebab si Aisyah dah lain macam dan terus lari ke ruang tamu. So diorang terus mencapai Yassin dan mula baca beramai-ramai di ruang tamu. Si Aisyah pula masih di dapur dan bercakap-cakap seorang.

Sambil diorg baca Yassin tue, tetiba mereka nampak lembaga yang sama menjenguk dari bilik air. Terus diorg semua berpusing mengadap arah bilik 2. Pembacaan Yassin pun dah mula kelam kabut sebab si Bedah dah mula menangis ketakutan. Tetiba kesemua mereka nampak lembaga yang sama menjenguk dari bilik no 2. Selang seminit kemudian, lembaga yang sama menjenguk dari bilik Master Bedroom. Disebabkan masing-masing dah tak tahan, diorg pun terus berlari keluar dan mengetuk unit bersebelahan.

Kemudiannya, aku dan Azman terus memeriksa setiap bilik satu persatu. Hanya ketika kami tiba di bilik no 2 barulah bulu roma kami masing-masing meremang. Aku terus melihat ke arah Azman dan Azman terus tengok arah aku.

Diam..

Setelah pasti kesemua bilik tiada orang atau benda asing, kami terus menasihati agar kesemua penghuni unit agar memastikan kesemua bilik digunakan samada sebagai stor atau bilik persinggahan. Kami juga menyuruh mereka semua agar sentiasa memasang kaset/cd surah Quran kalau mereka duduk berseorangan. Masalahnya, mereka bagitahu yang mereka sentiasa memasang cd Yasin dan selalu membaca Yassin tapi gangguan tetap ada.

Erk..

Kami pun terus pulang..



Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan