Sabtu, 12 April 2014

Dikirim Nenek Tiri...- Kisah Seram

Nama saya, Amir ( bukan nama sebenar ) . Saya hendak menceritakan sebuah kisah benar yang telah menimpa keluarga saya dan pakcik yang sangat rapat dengan kami. Semuanya berlaku selepas setahun arwah datuk saya meninggal dunia pada Nov 2006. Ianya terjadi kerana sakit hati dan dendam. Nenek tiri saya berasal dari Jakarta. Kerana tiada surat nikah sah dari mahkamah Singapura, dia tidak boleh menjadi rakyat Singapura. Oleh itu, setelah arwah datuk meninggal dunia, segala hartanya (seperti ladang2 di Jawa) diberikan kepada adik-adiknya di Jawa.

Kerana mereka orang susah, adik-beradik ibu saya tidak mahu mengambil sesen pun. Oleh itu, nenek tiri saya sakit hati. Rumah di Singapura, diberikan kepada pakcik saya (yang rapat dengan kami). Setelah nenek tiri saya, keluar dari rumah arwah datuk saya, banyak kejadian2 yang aneh serta seram berlaku. Pakcik saya dipukau. Adik saya dirasuk. Rumah saya didatangi lembaga hitam, Kakak Cantik, dan juga si Penanggal.


Kisah pertama: Pada salah satu malam Jumaat, ibu-bapa, abang serta kakak saya keluar untuk membeli makan, yang tinggal di rumah cuma saya, adik dengan bayi yang ibu saya jaga. Saya menonton televisyen di bilik ibu saya. Sedang adik pula bermain2 bersama bayi di bilik saya. Diceritakan oleh adik saya, sedang dia bermain, ketawa2 bersama Ahmad (nama bayi itu), tiba2 Ahmad menangis ketakutan memandang ke arah tingkap. Terus adik saya toleh ke tingkap dan melihat tengkorak mata merah (penanggal) di tingkap bilik saya. Adik saya terus mendukungnya dan lari ke bilik ibu saya dan mengunci pintu lalu menangis ketakutan. Menggigil satu badan

Dengan pantas saya terus memutarkan surah Yassin dari telefon bimbit saya. Ahmad & adik saya menangis tanpa henti. Dengan teresak-esak dia menceritakan apa yang dilihatnya. Saya terus menghubungi ibu agar cepat pulang. Setibanya ibu, bapa, abang serta kakak di rumah, bapa saya terus mengambil wudhu, solat and membuat air Yassin. Sedang bapa saya mahu renjis air Yassin di tingkap balkoni, ianya menjelma lagi. Dengan jelas, kami semua melihatnya. Semenjak kejadian tersebut, bapa saya menghidap sakit jantung. Susah bernafas, tapi doktor mengatakan jantung bapa saya sihat2 belaka.

Kisah kedua: Kejadian seterusnya berlaku pada malam Jumaat lagi, selepas Maghrib, bapa memanggil Ustaz dari salah sebuah masjid di Singapura ini untuk menyemah seluruh rumah saya dan juga mengubati adik saya yang sering melihat makhluk halus itu di balkoni rumah saya hampir setiap malam. Sedang proses mengubat berlangsung, tiba-tiba adik saya memekik “Panas!”. Ustaz memberinya minum air yang sudah dibaca olehnya. Adik lalu muntah darah, serta rambut & jarum yang tajam keluar dari mulutnya . Amat menyeramkan.

Seterusnya, makhluk halus itu semua tetap ada berkeliaran di luar rumah saya setiap malam. Hingga kini, kami hanya menentangnya dengan bacaan surah-surah Al-Quran apabila dikacau. Ustaz mengatakan, makhluk ini datang dari Batam dan juga Johor. Terlalu kuat untuk mengatasinya. Dari itu kami hanya mampu bersolat & berdoa kepada Allah S.W.T setiap hari agar kami dilindunginya dari makhluk-makhluk halus ini.

Sekian dan Terima Kasih, 



Lagi Kisah Seram: Ghost Stories Club

Tiada ulasan:

Catat Ulasan