Ahad, 20 April 2014

Gunung

Masa dalam proses pembelajaran persilatan tu, aku ngan A,B dan C kena g ala2 bertapa kat puncak sana selama beberapa hari... cuma dibekalkan nasi putih ngan ikan masin...
sampai je kat puncak, kitaorg just ikut arahan duduk berjauhan... mlm tu, dalam keaadaan samar2, kat puncak x gelap sgt sebab cahaya bulan.. selepas je solat isyak.. aku rasa nak berubah tempat g kat sebatang pokok kat puncak tu... sebab ngah hujan.. jadi sambil belajar aku nak berteduh jela,,,
ingat lagi masa aku ngah berhafal something, ada mcm bunyi orang menjerit efek serigala mcm tu lah.. Argggghhhh... Argggghhhhh Auwwww.... lebih kurang lah camtu... rasa mcm dekat sebelah aku je.... tapi sebab aku ngah fokus, aku xpikirkan pon,,,,
mlm tu walau takot2 berani, aku makan juadah yang sedia ada,,, selepas je subuh AB dan C dtg kat aku.. sebab kitaorg kena cari something waktu siang,,, punyalah mengeledah gunung tu, tapi still x jumpa pai ke mlm...
mlm kedua, aku mcm biasa, belajar kat bawah pokok yang sama, dalam ngah fokus tu, ada ar suara, SAPE KAU........ INI KAWASAN AKU...... punyalah kuat suara tu,,, tapi aku just buat xtaw jela.... beberapa jam sebelum subuh tu, aku rasa mcm ada tangan peluk leher aku... aku sabar kan aja....
Waktu subuh, ada bunyi azan dalam kawasan gunung tu. aku rasa penghuni gunung tu... terus tangan tu lepas... mcm semlm AB dan C dtg selepas masing2 solat nak cari something tu balik... cari punya cari... selepas je Zuhur kitaorg nampak kat satu kawasan ramai sgt org... so, dengan hati yg ingin tahu, kitaorg pegilah dekat... nampak mcm ada kenduri kawin je,,, ngan paluan kompang sume...
tapi yg pasti muka org ramai tu sume bersih je,,, mcm lelaki hensem gila n pompuan cantik sgt... kitaorg berbincang, so decide ni penghuni alam lain... masa nak beredar salah sorang kat situ tarik tangan A, ajak makan sume...
dengan tolakan yg baik, ckp lah kami nak turun dah, sebab keluarga dah lama menunggu... so, kitaorg tetap cari something tu tapi tetap x jumpa...
mlm tu mcm biasa, kat bawah pokok, time tu hujan lebat sgt... tapi aku rasa panas sgt.... pai aku buka je baju sambil belajar.... time tu tetiba B datang ajak aku g satu tempat.. aku ikut je dari belakang... tetiba aku ikut aku pasan B terjun je dari gaung... ngan kekuatan yg ada, aku baca beberapa surah... baru aku tersedar yg tu just jelmaan nak kacau.. n baru aku perasan dari tadi kaki B x jejak ke bumi...
aku sambung belajar balik... tetiba bunyi mcm kilat kat pokok tempat aku belajar. pai patah beberapa dahan kena panahan tu. tapi aku just agp dugaan... teregt pesanan guruku pepon jadi dia xkan leh watpepe kat kita selagi kita fokus..
time belajar fokus pai tutup mata lagi ha, aku try ar bukak mata sebab dengar mcm bunyi org bercakap ramai kat depan aku, aku buka je nampak lah segala jenis mahluk ngah tenung aku... terus aku tutup mata balik sambil baca surah kuat2 harap sume tu beredar... ada yg meniup kat telinga aku, tepuk belakng aku, tapi aku just sabar sampai ke pagi..
Subuh tu AB dan C dtg kat aku sebab point aku paling jauh... kitaorg cari lagi something tu, alhamdulilah selepas asar kitaorg berdoa permudahakan lah kami Ya Allah.. x lama kemudian kami jumpa something tu....
dengan hati yg gembira x sedar hari dah masuk maghrib, so kami decide esok pagi baru gerak turun... Yang C ni lain mcm sikit sebab dia perempuan sorang je, n dia paling power lah sebab dia senior..
mlm tu kami makan berempat xda lagi berjauhan, x berapa jauh dari kawsan pokok rotan... tengah2 makan ada suara KO PEGI BALIK LAU X NAHAS KORANG... suara tu berulang sambil marah2,,, kami saling berpandangan.. hati dah mula rasa lain mcm..
tetiba C bangun n ckp pepon bunyi jangan tegur.. dia pergi ke kawasan rotan tu.. dalam setengah jam tgu sambil risaukan C, C balik ngan termengah2... masing2 just diam je.. tetiba C ckp dah settle... aku pon pelik ape yg settlenya? suara tu dah xda lagi selepas C pegi ke kwsan hutan tu...
esok pagi kitaorg balik ngan badan calar balar.. kotor sume... Guru siap ckp selalunya ada yg pai bermgu2, berbulan2 baru jumpa something ni, tapi korang dalam masa 3-4 hari je... selepas tu sume aku terus berangkat pulang.. Gunung ni bukan kat negara kita...ada beberapa petua yg aku nak kongsi bg sape2 jungle trekking
lau xnak pacat jamah darah, selitkan daun sirih kat pinggang kita, tapi just berkesan tuk org tertentu je,
lau nampak dua dahan pokok bercabang menjadi satu, elakkan lalu kat bawah cabang tu, lau salah masa ke alam lain
lau nak buang air ke pe, buang dalam kawasan air yang mengalir, lau xda buang dalam bekas n kita tanam dalam tanah...
Tanah Perkuburan
benda ni berlaku kat sebuah kawsan perkuburan negara kita.
aku ditugaskan bersama sorang membe aku g melepak kat kawasan tu pai masuk azan Subuh.
pukul 12 tu aku jumpa membe aku kat kawasan simpang nak masuk kubur tu.. tapi dia jalan kaki je.. aku tanya lah mana motor ko? dia just jawab 'rosak'.
membe aku yg penakut asyik nak berkepit je ngan aku.. tapi sebab arahan nak x nak terpaksa pegi... sampai je kat tanah perkuburan tu, ada bunyi org ketawa... tapi aku paksa gak membe aku ikut je belakang aku rapat2...
yang aku egt, kitaorg kena lepak kat kubur bayi baru meninggal.. tujuan lepak ni bukan pe, just nak tanamkan dalam diri, Hanya Allah yg kita ptot takot... melepak lah aku ngan membe aku kat kubur bayi tu...
tetiba je nampak mata merah dari celah2 semak 10 meter je dari kawsan kami. sebab aku pon dah start takot sebab membe aku ni ha dah nak menangis takot sgt... aku tegur je, Aku dtg nak belajar, bukan nak kacau kehidupan korang... harap korang permudahkan lah... aku datang ngan ketentuan Allah SWT... hbis je ckp benda tu pon hilang...
sejam kemudian, kami perasan ada bayang laju je dari pokok ke pokok,.. tapi aku ngan membe aku wat xtaw je... tunggu punya tunggu, aku dapat something mlm tu dari salah satu kubur yg dekat2 aku... aku ni lak mulut xda insuran, lau nampak benda2 yg mcm nak kacau je terus aku tegur,,,
sejam lagi azan subuh, kami perasan benda alah tu terbang melintas sambil muka tenung kami... aku wat xtaw jela pandang tempat lain... membe aku ni dah kelam kabut je... menyorok kat belakang aku... azan subuh je aku beredar.. sampai je kat simpang aku berpecah ngan membe aku balik rumah masing2...
esoknya aku g umah guru aku, sampai je tgok membe aku dah ada... aku cita ar sume yg jadi... tetiba membe aku bgtaw dia x dtg semlm sebab hal keluarga... dia dah bgtaw guru, tapi guru x sempat bgtaw sebab aku dah gerak dulu... nak tepon aku x bawak masa g kubur tu...
aku pon jadi lemah je semangat dengar tu, guru just ckp dia saje nak lemahkan semangat ko,,, tapi ko berjaya gak,,,, dengar mcm best je guru ckp camtu... tapi hampeh balik je demam aku 3 hari.... hahahahahaha

Sumber

Lagi Kisah Seram: Ghost Stories Club 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan