Selasa, 22 April 2014

Kisah Seram - Rasukan di bukit larut..:



Dunia Seram - Salam semua..

Hari ni aku nak cerita pasal pengalaman seram sewaktu aku ikut romobngan ke bukit larut. Kalau tak seram harap dimaafkan sebab waktu benda ni jadi aku rasa seram sangat.. Kejadian ni jadi dah agak lama, waktu tu aku masih lagi form 1.. kiranya ada la yang aku lupa-lupa sikit tapi dijamin tiada penokok tambahan cerita dilakukan.. hehe...

alkisahnya aku ni ikut la rombongan office abang aku pegi ke bukit larut, lokasi ni dekat je sebab kami pun semuanya orang taiping.. jadi cadangan dibuat untuk tidur satu malam kat atas bukit tu dengan menyewa sebuah rumah rehat lama.. rumah ni namanya rumah rehat Tempenis@Tempinis dan adalah rumah kedua tertinggi kat bukit ni.. jadi dari kawasan cafeteria ke rumah ni agak jauh jugak la.. okeh ni gambar rumah tempinis yg aku amik kat blog orang..

 

Rumah ni tinggalan British kiranya dah lebih seratus tahun jugak la usia dia.. jadi tak heran la kalau ada benda-benda mistik..
waktu tu ni la first time aku naik k ebukit larut walaupun dah hidup selama 13tahun dan bukit ni hari-hari boleh nampak dari bandar taiping.. sehari sebelum tu aku dah prepare dengan pil tahan muntah dengan pening sebab kita orang naik jip dari kaki bukit.. jadi jalan dia punya la berbengkang-bengkok.. kami datang dalam 3 jip jugak, lelaki dgn perempuan lebih kurang 11@13 orang (lupa dah jumlah sebenar)..

dipendekkan cerita kami pun sampai la kat rumah tempinis tu dalam pukul 4-5 petang.. waktu ni majoriti pengujung bukit larut dah mula turun ke bawah sebab selalunya akan hujan waktu-waktu begini.. cuaca pun agak gelap.. mula-mula kami sampai aku tengok rumah ni angker semacam je.. dah la besar, tak silap aku ada 3 bilik yang selari dan ruang tamu yg turun ke bawah macam rumah-rumah british lama.. siap lagi dengan tempat unggun api.. setiap bilik ni aku rasa macam besar ruang tamu rumah2 zaman sekarang ni.. dapur pulak dekat bahagian belakang bersebelahan dengan hutan.. keliling rumah ni pulak ada batu-batu besar dengan gaung serta cerun bukit.. jarak dari rumah kami sewa ke checkpoint jip lebih kurang 800meter ke 1km gak..   

aku sampai je terus cari toilet, sebab dh nak terkucil, toilet dia pulak jenis yang turun ke bawah dengan ada sekali thub mandi.. memang angker betul.. aku dah pikir apsal la diaorang sewa rumah ni.. waktu aku tengah kucil, dengar bunyi pintu bergoyang, padahal aku dah tutup kunci.. aku buat bodo je dan anggap mungkin angin walaupun macam tak logik gak sebab toilet ni dalam rumah bukannya kat luar..

waktu sampai kat rumah ni aku perasan ada la macam notis serta risalah berkenaan kristian dengan ada tulisan pasal jesus kat dalam laci.. maybe utk pengunjung bukan islam kot.. kami pun letak2 la barang masing-masing. yang lelaki tidur bilik 1 (hujung mengadap pintu depan), perempuan bilik 3 (mengadap ke dapur), maksudnya bilik tengah tu dibiarkan kosong.. sebab bilik yang agak besar jadi takde isu la pasal sempit dgn rimas..

malam tu kita orang pun buat la barbeku kat area luar rumah ni, mujurlah hari tak hujan.. ada la sikit kawasan lapang depan rumah untuk pasang api, sebelum tu kami dah prepare dgn ayam perap dgn bahan2 lain untuk makan malam.. kita org just sembang2, ada yg main chess, tgk tv, ada yg tengok pemandagan bandar taiping waktu malam... sampai la lebih kurang  pukul 1.30pagi.. masing-masing mengantuk  dah nak pegi tidur..  waktu tu dalam bilik laki yang kami tidur ada la lebih kurang 6-7 orang.. tengah tidur, aku rasa muka kena tampar, tapi sebab penat aku buat bodo je. kali kedua lagi kuat pulak, bila aku bukak mata dalam keadaan mamai, rupanya abang aku yang tampar.. ceh..

aku pun heran la pasal apa dia ni kejutkan aku tengah-tengah malam buta.. abang aku ajak pegi ke bilik tempat perempuan tidur, aku perasan bilik yang aku tidur ni dah kosong.. yang lelaki semua dah pergi ke bilik perempuan.. dalam keadaan mamai aku pun pegi la bilik perempuan .. on the way ke bilik perempuan aku dengar la bunyi perempuan menjerit sekali dngan menangis-nangis.. waktu ni tak silap aku dah pukul 3 lebih..

sampai bilik perempuan aku tengok salah sorang anak saudara makcik staff ni dh kena rasuk.. ada la 2 orang lelaki tengah pegang tangan perempuan ni, sorang lagi tengah baca surah yassin, sorang lagi tengah azankan kat perempuan tu.. terkejut jugak aku sebab ni first time aku tgk orang kena rasuk depan mata.. perempuan yang lain pulak duduk kat penjuru bilik.. masing-masing muka dah takut gila.. yang aku ni selaku ahli rombongan paling kecil pun duduk join gak penjuru bilik.. memang takut gak la waktu tu dengar perempuan ni menjerit dgn meracau-racau.. diaorang pegang perempuan ni atas katil tak kasi bangun sebab takut lari keluar rumah.

waktu ni aku ingat lagi nak baca ayat kursi pun memang tak boleh, macam mulut terkunci pulak.. nak baca bismillah pun tergagap tak lepas nak habiskan.. yang tukang baca yassin tu pun aku tgk macam susah gak dia nak baca, bunyi pun keluar seketul-ketul ayat dia.. yang azankan pun lebih kurang gak.. macam dia kena guna sepenuh tenaga nak laung azan tu..

budak perempuan yg kena rasuk ni aku rasa baru je lepas SPM, tapi kederat dia memang sampai budak laki yang pegang pun susah nak handle.. yang takutnya budak perempuan ni menjerit dia nak keluar rumah, nak keluar rumah.. mata dia mengadap kat pintu, bayang la, kat area rumah tu keliling hutan dengan curam bukit.. kalau dia dapat keluar kemungkinan boleh mati jatuh gaung atau sesat hilang dalam hutan.. jadi seboleh-bolehnya memang diaorg pegang tak nak kasi terlepas..

waktu tu ada la orang cakap kat sebelah perempuan ni suruh mengucap, tapi 'benda' tu cakap taknak, dia kata nak keluar rumah jugak.. setiap kali laung azan, menjerit-jerit perempuan ni macam panas.. nasib baik la dalam rombongan ni ada jugak yang tau nak handle benda-benda ni.. kalau tak memang lagi parah la..   

berhempas pulak jugak la nak tenteramkan perempuan ni, ada la jugak dalam sejam lebih.. yang tukang azan pun dah berapa kali
ulang azan., sampai naik letih dia.. yang perempuan ni gigih lagi menjerit-jerit nak keluar rumah sambil meracau.. sampai satu masa dah agak lama gak, perempuan ni pun dh stop menjerit, dia pun baring ja atas tilam, dah tak melawan lagi.. yang sorang perempuan dari ahli rombongan duduk tepi usap muka dia dgn air yassin sambil suruh mengucap.. tiba-tiba je makcik kepada perempuan ni yang duduk kat penjuru bilik cakap.. "apa mengucap-mengucap", yg kami semua pun dah terkejut...



Sumber 

 Lagi Kisah Seram: Ghost Stories Club

Tiada ulasan:

Catat Ulasan