Isnin, 28 April 2014

Serupa Tapi Bukan Saya - Kisah Seram

Kisah saya bermula pada hari Isnin tanggal 23hb Ogos 2012. Saya telah mengambil cuti untuk bersama2 anak-anak, kebetulan seorang teman saya telah meminjamkan keretanya pada saya untuk membawa anak-anak keluar.
Selesai berbuka, saya menunaikan solat dan rehat seketika. Dalam fikiran ini berkata, "Mana nak bawa anak saya yang bongsu (berusia 2 tahun) ini keluar?" Dalam saya terpinga-pinga. Teringat pula pada anak perempuan saya yang sedang bertugas di Kallang Leisure Park. Saya menghubunginya dan tanya jam berapa dia pulang? Dia jawab jam 9 malam, lalu saya pun berkata padanya saya akan mengambilnya pulang dan tunggu sahaja.

Untuk dipendekkan cerita, saya bersama kedua anak saya pulang jam 1.30pagi. Sambil memandu sambil mendengar radio. Setibanya di rumah, saya terus membawa anak bongsu saya membersihkan diri sebelum tidur.


Semasa di dalam kamar sekitar jam dua pagi, saya terdengar ibu saya berkata sesuatu, "Nantilah Ibu bangun, kaki ini sakit sangatlah. Nanti cuba kejutkan ibu dalam jam 2.30pagi." Saya mejadi curiga dengan siapa dia berbual. Kalau dengan ayah saya tak mungkin dia menggelarkan dirinya Ibu. Saya keluar dan dapati ibu saya sedang tidur. Untuk pengetahuan semua, ibu dan ayah saya tidur di ruang tamu (mereka suka). Saya terus masuk ke kamar dan tutup pintu terus tidur.

Keesokan harinya saya bertanya pada ibu dengan siapa dia berbual semalam. "Eh! Dengan L (Samaran)lah siapa lagi?" "Ibu, saya tak berbual dengan ibu semalam, semalam saya pulang, saya terus masuk kamar". Lalu ibu berkata, "Kan tadi L yang kejut Ibu suruh bangun... Ibu suruhlah kejut 2.30, bukan L ke yang kejut Ibu?" "Tak Ibu saya tak kejut Ibu". "Jadi siapa yang kejut Ibu, suaranya sama macam L. Itulah Ibu ingatkan L."

sebenarnya bukan sekali ini ibu saya sering dikenakan. Sudah acapkali. Cuma yang peliknya semua berlaku sebelum saya pulang dan menyerupai saya. Sebenarnya ada lagi yang ingin saya kongsi bersama pendengar. Buat masa ini, ini sahajalah yang dapat saya ceritakan. Serupa tapi bukan saya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan