Khamis, 25 Jun 2015

Cerita Hantu - Serba Merah



Wanita Serba Merah di Johor bahru

Dunia Seram - Saya Lan dari Pasir Gudang, ingin berkongsi pengalaman seram bersama
pendengar2 lain. Ceritanya begini. Selepas saya menduduki peperiksaan
SPM, saya telah bekerja dengan peniaga di pasar malam. Saya bekerja
beberapa bulan sementara menunggu keputusan peperiksaan diumumkan.

Ada dua orang lagi kawan saya iaitu Ijat dan Udin turut sama bekerja
dengan peniaga tersebut yang kami panggil dengan nama Abang Man.
Biasanya kami akan memulakan perniagaan di pasar malam sekitar jam
4:30 petang sehingga jam 10:30 malam. Entah macamana pada satu malam
jualan kami cepat habis, dan Abang Man mengarahkan kami berkemas awal
iaitu sekitar jam 9:00 malam.

Setelah semua barang2 siap dimasukkan ke dalam van kami pun berangkat
pulang tetapi Abang Man tidak terus pulang ke rumah, sebaliknya terus
membawa kami singgah di sebuah warung menjual Sate. Abang Man mengajak
kami makan Sate. Dia juga ada memesan Sate untuk dibawa pulang untuk
anak dan isterinya.

Sedang kami menjamu selera, tiba-tiba angin bertiup kencang menandakan
hujan akan turun bila-bila masa saja. Kami berempat dengan segera
menghabiskan Sate dan minuman. Abang Man mengarahkan kami memasuki van
sementara dia pergi membayar makan dan minuman kami. Ketika itu jam
telah menunjukkan pukul 11:30 malam.

Setelah Abang Man memasuki van dan menghidupkan enjin, dia terus
menekan minyak dan kami pun bergerak pulang. Dalam perjalanan pulang,
hujan gerimis turun dan membasahi permukaan jalan pada malam itu.
Sesekali Abang Man menggerakkan "wiper" cermin van yang mula
menyukarkan pandangannya.

Apabila melalui selekoh berbukit selepas jejantas laluan keretapi,
tiba2 seorang dari kami iaitu Ijat bersuara, "Aikkk tadi angin bukan
main kuat lagi. Ingatkan hujan lebat sangat tapi gerimis jer…'' Saya
hanya diam tetapi Udin pulak mencelah, "Hujan gerimis malam2 macam ni
hantu suka keluar… Hehehe..." kata Udin sambil ketawa kecil.

Abang Man masih memandu dengan berhati2 ketika melalui selekoh yang
agak licin dan gelap itu. Tiba-tiba kami terpandang susuk tubuh
melambai-lambaikan tangan agar kami berhenti. Sebaik van kami
menghampiri susuk tubuh berkenaan, Abang Man pun memperlahankan van,
dengan jelas kami dapati ia adalah seorang wanita Cina, wajahnya
sangat putih sambil tersenyum dengan gincu merah dan berpakaian serba
merah dari baju, seluar, tas tangan dan kasutnya semuanya merah.
Pakaian wanita tersebut juga tak ubah seperti pakaian fesyen 70an.

Entah kenapa tiba2 Abang Man menekan minyak dan terus memecut laju,
kami terkejut lalu saya bertanya, "Apasal Abang tak berhenti tadi?
Mungkin Amoi tu nak tumpang agaknya. Kesian dia, dah malam2 macam ni
bas dah tak ada, teksi pun jarang2 lalu, hujan pulak tu..." Jawab
Abang Man, "Abang rasa tak sedap hati lah. Lain macam aje Amoi tu..."

Setelah hampir setengah kilometer meninggalkan Amoi tersebut,
tiba-tiba terbau colok dan lilin yang digunakan orang2 Cina untuk
bersembahyang, menerjah ke hidung kami berempat lalu Udin pun berkata,
"Eh, bau apa ni? Macam bau colok ajer?" Abang Man pula terus
meninggikan suara, "Dah jangan ditegur, kalau tak tahan tutup aje
hidung kamu..." Ketika itu jugalah pengunci pintu van kami bergerak
turun naik dengan sendirinya, seperti ada orang ingin memasuki ke
dalam van yang kami naiki.

Kami bertiga saling berpandangan antara satu sama lain tetapi tidak
berkata apa2. Abang Man pula membaca ayat2 suci dan menyuruh kami
membaca sama. Apabila salah seorang dari kami iaitu Ijat, membaca Ayat
Kursi dan melaungkan azan serta-merta gangguan dan bau colok berkenaan
hilang.

Kami memasuki simpang menuju ke rumah Abang Man dan kami bersyukur
tiba dengan selamat. Semua barang kami keluarkan dari van pada
keesokan harinya saja. Pada malam itu saya, Ijat dan Udin tidak pulang
ke rumah masing2 tetapi menumpang tidur di rumah Abang Man kerana
masih lagi ketakutan.

Sekian…

Kisah Seram - Pemuda Berkasih Dengan Pontianak.

 Image result for resepi hantu seram



Dunia Seram - Hantu tidak wujud namun Syaitan dan Iblis telah berjanji untuk menyesatkan manusia.
Hantu dalam masyarakat Melayu seringkali digambarkan sebagai makhluk ghaib yang menjelma dengan rupa yang menakutkan.
Sesetengah orang Melayu mengatakan bahawa hantu itu berasal daripada roh orang mati yang tidak tenteram disebabkan sesuatu hajat yang belum selesai seperti untuk membalas dendam
ke atas orang yang masih hidup.
Antara jenis hantu yang sering dikaitkan dengan orang yang
meninggal dunia adalah hantu pontianak,hantu kubur,hantu pocong,hantu langsuir dan lain-
lain.
Ada sesetengah orang Melayu
menggunakan istilah 'roh kembali' terhadap beberapa fenomena mistik yang berlaku dalam
masyarakat sehingga ada sesetengah pembikin drama dan filem pula menjadikannya sebagai
modal untuk menjual filem dan drama mereka.
Dalam Islam,hantu seperti mana yang dipercayai oleh masyarakat Melayu itu sama sekali tidak
wujud.
Sebaliknya,daripada perkhabaran al-Qur'an dan al-Sunnah didapati apa yang diperkatakan oleh masyarakat Melayu itu tiada kena mengena langsung dengan roh orang mati sebaliknya ia adalah Iblis,jin dan syaitan.
Kisah Seram yang ingin di kongsikan Ini di terima melalui email oleh seorang pembaca.
Syafik,23 tahun berasal dari sebuah daerah di Terengganu,
beliau merupakan seorang pelajar IPTA Dalam jurusan perakaunan di Ibu Kota Kuala Lumpur.
Syafik mempunyai seorang teman Wanita di terengganu tempat kelahirannya.
Syafik sudah lama berhubungan dengan Reena teman wanitanya sejak di tingkatan 5 lagi.
Perhubungan mereka amat rapat sekali sehinggalah syafiq terpaksa menyambung pelajarannya di Kuala Lumpur mereka masih tetap berhubung bersama Reena.
Kisahnya bermula sewaktu syafiq menghubungi kekasih hatinya untuk memberitahu bahawa dia akan pulang ke terengganu tidak lama lagi bagi menghabiskan cuti semester.
"Kenapa ni sayang??macam tak suka je bie balik??.."Luah syafiq di hujung talian sewaktu menghubungi kekasihnya.
"Bukan tak suka...tapi...emm.. lupakanlah.."jawab Reena seperti acuh tak acuh.
Jawapan yang di beri reena terhadapnya membuatkan dia tidak berpuas hati dan fikirannya mula terbayang yang bukan-bukan tentang Reena.
"Dia dah ada orang lain ke??ishh serabut betul..."ujar syafiq di dalam hatinya sendiri,sehingga merasa tidak sabar untuk pulang ke kampung dengan segera.
Cuti Semester pun tiba dan syafiq berangkat pulang ke kampung dengan menaiki bas ekspress.
Setibanya di kampung halamannya
Kebiasaan ibu bapa serta adik beradiknya yang lain pasti kecoh menyambut kepulangannya.
Namun,tidak pada cuti semester kali ini." "Eh!apasal eh semua buat aku macam ni??,,aku ada buat silap ke,.??"soalnya di dalam hati.
Dua hari berlalu namun,Reena tidak pula berkunjung seperti selalu setiap kali dia pulang ke kampung.
Lebih pelik Reena langsung tidak mengangkat panggilan serta membalas mesejnya.
Malam itu,sedang syafiq leka berfikir tentang reena, tiba-tiba isyarat mesej masuk berbunyi pada telefon bimbitnya.
"Bie,maafkan sayang,..kita takkan jumpa lagi selepas ni,.."
Mesej yang tertera di telefon bimbitnya itu sangat menyentap hati!dan syafia cepat membalas mesej tersebut.
"Tapi kenapa???apa salah saya??atau awak sudah ada yang lain??siapa lelaki tu!!awak cakap dengan saya!!.." balasan mesej syafiq kepada Reena.
Tidak lama kemudian Syafiq pula menerima balasan mesej dari Reena yang berbunyi,.
"Saya sayangkan awak hingga ke akhir hayat..awak lelaki terakhir yang saya sayang..hanya satu permintaan saya..relakan perpisahan ini.."balasan mesej dari Reena amat melukakan sekali hati seorang lelaki seperti syafiq.
Dan syafiq membalas mesej tersebut..
"Kita harus jumpa sekarang!di tempat biasa!!saya tunggu awak di situ..kalau benar awak mahu berpisah!!saya mahu dengar sendiri dari mulut awak sendiri dan mata ke mata!!saya gerak sekarang saya tunggu di situ!!"balas syafiq sambil kakinya melangkah laju keluar dari rumahnya.
Keluarganya memandang pelik kerana kebiasaan jika syafiq mahu keluar pasti dia akan meminta izin terlebih dahulu.
Maka syafiq pun terus melangkah hingga sampai ke tempat yang dia selalu bertemu reena sebelum ini bezanya dia dan reena tidak pernah bertemu pada waktu malam.
Dari 10 minit hingga ke 2 jam syafiq menanti kehadiran reena,namun kelibat reena langsung tidak kelihatan.
"Ahh!!tak boleh jadi ni apa nak jadi jadilah!!aku harus pergi rumah dia!!"
Bentaknya di dalam hati,kemudian syafiq melangkah laju menuju ke rumah Reena.
Sewaktu tiba di halaman rumah Reena,syafiq terpandang reena sedang duduk di buaian yang ada di situ.
Takkala syafiq menghampiri reena,reena bangun dari buaian yang di naiki lalu reena berlari masuk ke dalam rumah.
Syafiq tidak berputus asa baginya dia hanya mahu dengar dari mulut reena sendiri.
"Assalamualaikum.....Reena tolong lah jangan buat saya macam ni ..keluarlah reena...Reenaa...
tolonglah keluar reena.."ucap syafiq dengan nada yang kuat.
Tidak berapa lama kemudian ibu bapa reena membuka pintu rumah itu.
"Eh..syafiq...kenapa ni..."soal ibu reena dengan wajah kehairanan.
"Makcik..saya perlu bertemu reena,.izinkalah saya berjumpa dengan reena..."jawab syafiq dengan nada sedih.
"Bawa mengucap shafiq,..Reena kan tak ada...
Belum sempat ayah reena menghabiskan kata-kata syafiq telah bersuara..
"Jangan tipu saya pakcik!makcik! baru kejap tadi reena masuk dalam rumah!..apa salah saya sampai semua orang buat saya macam ni.......tolonglah pakcik..makcik saya mahu jumpa reena..."Rayu syafiq dengan linangan airmata.
"Syafiq,.bawak bertenang nak.."tiba-tiba kedengaran suara ibu syafiq di belakang.
"Ibu..tolong syafiq..syafiq nak jumpa reena...."tangis syafiq amat meruntun jiwa pada situasi masa itu.
"Syafiq..bawa mengucap nak...sebenarnya kami takut nak beritahu kamu tentang reena..."ujar ayah syafiq.
"Beritahu apa??nak beritahu yang reena dah kahwin dengan orang lain!macam tu!!",.suara syafiq agak kasar pada situasi yang semakin tegang.
"Syafiq..dengar cakap pakcik,..Reena sudah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya.."beritahu pak hussein ayah reena dan kata kata dari pak hussein membuatkan syafiq tidak percaya.
"TIPU!!!,,TIPUU!!SEMUA ORANG TIPU!!TUNJUKKAN BUKTI!!"
Perasaan shafiq tidak dapat di kawal lagi sehingga membuatkan dia meninggikan suara.
Kemudian mak leha ibu reena masuk ke ruang rumah dan keluar semula beberapa saat sambil tangannya memegang surat khabar.
"Syafiq,makcik harap kamu sabar dan tabah"..kata mak leha sambil menghulurkan surat khabar kepada syafiq sambil di perhatikan oleh pak hussein serta kedua ibu bapa syafiq.
"REEENAAAAA!!!tadi ....reena ....masukkk....Tipu...tii..."ujar syafiq tersekat-sekat dan tiba-tiba dia jatuh pengsan.
Shafiq di bawa pulang kerumah dan sejak itu dia berubah menjadi seorang yang pendiam serta mengalami tekanan emosi sehingga dia tidak lagi dapat meneruskan pembelajarannya di IPTA.
Setiap yang hidup pasti ada kisah serta jalan ceritanya yang tersendiri,dan kisah seram ini mungkin sebahagian dari satu cerita rekaan atau pun memang pernah berlaku.
Namun hakikatnya Tiada Hantu
yang wujud melainkan syaitan dan iblis yang telah berjanji untuk menyesatkan manusia.
Sabda Rasulullah SAW:“Tidak ada hantu”( laa ghuula ),iaitu tidak dapat menyesatkan seseorang.
Hal itu dikuatkan oleh hadith yang lain: “Tidak ada hantu,namun ia adalah al-sa’aali (tukang-tukang
sihir di kalangan jin)”.Para ulama berkata:al-Sa’aali adalah tukang sihir daripada kalangan jin,iaitu kalangan jin mempunyai tukang sihir yang dapat mengelabui mata dan membuat khayalan atau halusinasi”. Sahih Muslim (14/214)
dengan Syarh al-Nawawi.


Credit:Sumber

Cerpen Komedi Seram: Ada Hantu?


Membelek susunan novel di kedai-kedai buku membuatkan anda sesak nafas. Mengapa? Kerana anda sudah jemu dihidangkan dengan lambakan novel bergenrekan cinta cintan cintun. 
 Membaca novel A, kisahnya mengenai kahwin paksa. Cuba meneliti sinopsis novel B, plotnya berkisarkan cinta dua darjat. Beralih ke novel C, tidak habis-habis dengan hero dan heroin bergaduh yang akhirnya bercinta.
Anda hampir keluar daripada kedai buku, tetapi pandangan tertacap pada sebuah novel dengan kulit kaver pocong sedang berselfie. Ya, mungkin itu novel yang anda perlukan. Berbeza! 
 Ada Hantu? adalah novel keluaran Gedebook yang akan membawa anda untuk menyelami kisah seram. Bukan kisah seram biasa, tetapi kisah seram yang akan membuat anda meremang bulu roma sambil ketawa.
Enam orang penulis berentap idea menghasilkan satu cubaan dalam dunia penulisan untuk menghasilkan konsep cerita yang lain daripada lain.
Akhirnya, lapan buah cerita berjaya dimuatkan ke dalam satu novel dengan tema komedi seram. 
Membaca Ada Hantu? seolah-olah anda sedang menaiki permainan roller coaster. Apabila di jalan mendatar, anda lega. Apabila ia menaiki puncak, anda berdebar. Apabila ia turun menjunam, anda mula mengilai. Penulis-penulis ini bijak bermain dengan ayat dan mempunyai idea penceritaan yang sangat menarik. Unsur suspens yang diterapkan hampir kesemuanya menjadi. Tidak lupa juga elemen komedi yang diserapkan dalam hampir semua cerita. Hampir semua watak utama dalam setiap kisah membawa perwatakan seorang yang penakut. Pantang diusik, pasti akan ketar lutut.
Walaupun begitu, pembaca akan seolah-olah dapat menjiwai setiap watak dan seperti terasa berada dalam kisah tersebut. Siapa sangka wujudnya hantu gincu merah, hantu engsot, zombi putih dalam masyarakat kita? Hanya di dalam novel keluaran syarikat Gedebook ini sahaja! 
Pembaca juga mungkin akan tertarik dan dapat menyaksikan betapa susahnya mereka yang terpaksa bekerja sebagai pembawa van jenazah dan mereka yang menguruskan rumah mayat. Betapa besarnya pengorbanan mereka dalam menjalankan fardu kifayah.
Mempunyai pekerjaan sedemikian memerlukan kekuatan mental yang kuat agar tidak mudah goyah iman. Namun dalam novel ini, semuanya diceritakan dalam kisah yang seram dan kelakar, tetapi berilmu. 
Jika anda mencari kelainan atau gemar dengan genre komedi seram tetapi malas hendak ke panggung untuk menyaksikan lambakan cerita bergenrekan yang sama, mungkin anda boleh mula mencari novel ini. Pastikan anda tidak membaca seorang diri.
Jangan salahkan penulis-penulis ini jika anda berasa seram sejuk. Tepuk dada, tanya iman. Enjoy!

Credit:Sumber

FADHILAT RAMADHAN AL-MUBARAK

 

FADHILAT RAMADHAN AL-MUBARAK
Sidang Jumaat Yang Berbahagia,
Setiap muslim dan muslimat yang benar-benar beriman kepada janji-janji Allah dan Rasulnya pasti bergembira menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak pada setiap tahun. Begitu juga dengan tahun 1421H ini di mana kita sekali lagi diberi kesempatan oleh Allah Subhanahua taala menyambut dan meraikan ketibaan bulan Ramadhan yang penuh rahmat dan pahala, dengan kegembiraan serta iman taqwa yang teguh. Hanya mereka yang lemah iman sahaja yang merasa cemas dan risau dengan kunjungan Ramadhan. Begitu juga dengan mereka yang tidak mengenali fadhilat atau keberkatannya. Tetapi bagi orang yang dapat memahami fadhilatnya akan menunggu dengan jiwa kesyukuran seperti yang dijelaskan oleh baginda Rasullullah S.A.W melalui hadisnya yang bererti "Sekiranya umatku mengetahui kemulian dalam bulan Ramadhan, nescaya mereka akan mengharapkan kedatangan Ramadhan itu di sepanjang tahun".
Keistimewaan Ramadhan akan lebih ketara lagi jika ia dibandingkan dengan sebelas bulan yang lain. Walaupun semua bulan mempunyai kelebihan, namun kelebihan Ramadhan tetap tidak dapat ditandingi. Hal ini ditegaskan oleh nabi kita Muhammad S.A.W dengan sabdanya yang bererti "Bulan Ramadhan adalah penghulu kepada bulan-bulan yang lain".
Muslimin yang terhormat,
Terdapat banyak hadis yang menerangkan keagungan Ramadhan Al-Mubarak, diantaranya sabda Rasullullah S.A.W, Ertinya "Apabila menjelang bulan Ramadhan, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutupkan pintu neraka dan dibelenggu segala iblis dan syaitan".
Hadis di atas ini memberi pengertian bahawa bulan Ramadhan adalah bulan keemasan untuk umat Islam meningkatkan amal ibadah serta memantapkan iman dan membersihkan diri dari kerja-kerja maksiat yang didorong oleh hawa nafsu atau godaan syaitan. Di dalam bulan yang suci inilah sepatutnya mereka melakukan hisab atau muhasabah diri di atas kerja-kerja yang telah dilalui dan akan dihadapi samada yang bermanfaat atau sebaliknya.
Para ulama menjelaskan, Ramadhan adalah bulan yang menjanjikan sebaik-baik balasan kepada mereka yang berbuat amal soleh samada di awal, pertengahan ataupun di akhirnya. Sebaliknya mereka yang malas dan yang terus melakukan perbuatan-perbuatan maksiat dan dosa, atau memandang bulan Ramadhan itu sama seperti bulan-bulan yang lain, bukan sahaja mereka tidak dapat pahala yang dijanjikan malahan akan menerima azab akibat dari kejahatan yang boleh menjatuhkan kesucian Ramadhan dan keluhuran akhlak umat Islam seluruhnya.
Hadirin Yang Dihormati,
Ramadhan adalah semulia-mulia bulan, berbagai-bagai kejadian atau peristiwa berlaku di dalamnya, yang menjadikan tarafnya lebih agong dan lebih berkat, di antaranya :
Pertama, perintah Allah Subhanahua taala ke atas kaum muslimin untuk mengerjakan puasa, firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 183 yang bermaksud : "Wahai mereka yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa seperti yang diwajibkan ke atas mereka yang sebelum dari kamu, mudah-mudahan dengan berpuasa itu kamu akan terpelihara dan bertaqwa".
Tidak syak lagi, perintah mengerjakan puasa yang menjadi rukun Islam ketiga dalam bulan yang mulia ini menjadikan ia lebih agong dari yang lain.
Kedua, mula turunnya kitab suci Al-Quran dari ayat pertama hingga kelima dari surah Al-¥Alak iaitu tanggal 17 haribulan. Firman Allah Subhanahua taala dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud : "Didalam bulan Ramadhan ini diturunkan di dalamnya kitab Al-Quran yang menjadi hadiah kepada umat manusia dan membezakan antara yang hak dan bathil".
Ketiga, dalam bulan Ramadhan ini juga umat Islam diwajibkan membayar zakat fitrah atau zakat badan serta zakat harta benda ke atas mereka yang mencukupi syaratnya. Kefardhuan zakat fitrah di bulan Ramadhan ini menggambarkan betapa eratnya hubungan puasa dengan zakat. Kedua-duanya wajib dikerjakan dengan sempurna. Maka tidak sempurna agama seseorang itu jika hanya melakukan salah satu daripadanya. Hal ini dijelaskan oleh baginda Rasullullah S.A.W melalui hadisnya, yang bermaksud "Pahala puasa Ramadhan tergantung-gantung di antara langit dengan bumi, ia tidak terangkat ke langit kecuali dengan zakat fitrah".
Keempat, di sepanjang bulan Ramadhan yang penuh rahmat ini, Allah Subhanahua taala menghadiahkan kepada umat Islam satu malam yang pahala atau keberkatannya seribu bulan, yang dinamakan Lailatulqadar. Kerana itu, maka menjadi kewajipan ke atas setiap muslim dan muslimat berusaha untuk mendapatkan keagongannya. Iaitu memperbanyakkan zikrullah, bertakbir, bertahlil, berdoa dan lain-lain ibadah yang dituntut dalam Al-Quran dan sunah Rasul. Nabi Muhammad S.A.W menggalakkan umatnya beribadah pada malam tersebut dengan menghampirkan diri kepada Allah Subhanahua taala melalui majlis Qiamullail, beristighfar dan bertadarrus Al-Quran di sepanjang malam pengampunan dosa ini. Janganlah ada orang Islam yang memandang kelebihan malam LailatulQadar sama seperti malam-malam yang lain.
Sidang Jumaat Yang Berbahagia,
Dipandang dari sudut mana sekalipun, ibadat puasa perlu dilakukan oleh manusia. Agama Islam yang , mengutamakan kesejahteraan umatnya dari segi rohani dan jasmani, tidak menyuruh mereka melakukan ibadat agong ini sekiranya ia tidak mendatangkan manfaat kepada mereka. Maka di antara sebab ibadah ini diwajibkan ialah : Pertama, meningkatkan taqwa dan iman manusia dengan melaksanakan suruhan Al-Khaliq secara ikhlas sebagai melahirkan kesyukuran terhadapnya ; Kedua, melahirkan sifat mulia dan jiwa murni dan bersimpati terhadap penderitaan yang dihadapi oleh fakir miskin dan yang menderita ; Ketiga, menguji kesabaran dalam menghadapi kelazatan makan dan minum, keinginan nafsu jantina atau godaan yang ditegah oleh syarak ; Keempat, melatih diri untuk terus berjihad bagi meninggikan syiar Islam disamping menjaga maruah dan keselamatan diri serta membersihkan jiwa dari sifat-sifat tamak, gelojoh dan sifat-sifat mazmumah yang lain.
Bagi memastikan perlaksanaan rukun Islam ketiga ini diterima Allah serta mendapat keredhaannya, ia hendaklah dilakukan mengikut syarat-syarat atau rukun dengan sempurna, berniat ikhlas, berdisplin dan tidak melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh membatalkan puasa dan menghilangkan pahalanya. Ini disebabkan tujuan berpuasa bukanlah menahan diri dari makan dan minum sahaja tetapi menahan semua anggota dari melakukan kerja-kerja yang tidak berakhlak atau yang dilarang oleh agama.
Dalam hal ini kita harus gerun dengan hadis Rasullullah S.A.W yang bererti "Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa balasan dari puasa melainkan lapar dan dahaga".
Mengambil sempena keagongan Ramadhan, marilah kita meletakkan azam untuk menaikkan maruah dan sahsiah dengan menambah iman taqwa kepada Allah, sekurang-kurangnya dengan berpuasa pada siang hari dan bersalawat tarawih pada malam harinya. Orang yang menghormati tuntutan Ramadhan bererti memuliakan dirinya dan mencemari Ramadhan bererti ia menjatuhkan harga dirinya sendiri.

 TEKS KHUTBAH JUMAAT MASJID
SELURUH NEGERI MELAKA

Credit:Sumber

Isnin, 22 Jun 2015

Kisah Seram - Di Semunyikan oleh Hantu...

 Image result for momok mj12

Dunia Seram - Petir berdentum, kilat menyabung. Suddenly my mum bersuara, "kau ingat tak dulu aku bantai kau pasal bawak adik2 kau duduk atas pokok?" Hish dia bukak citer pulak.
Tringat masa zaman kanak2. I suka tido kat tree house that I built kat pokok besar. Kat pokok ni lah jiran2 termasuk si Momok Spirit yg pernah nampak cik Ponisah duduk2 goyang kaki. But cik Ponisah tu tak pernah pulak kacau coz I tak duduk situ waktu malam.

Satu hari tu nak dekat maghrib petir kilat-menyabung di iringi hujan lebat. I angkut dua adik-adik I yang masih toddler letak kat atas pokok konon shelter from the rain lah. Then ada satu jiran I ni terpekik-pekik dari depan rumah dia suruh I bawa adik-adik turun but I buat dono aje. Jiran-jiran lain pun keluar suruh kita turun. Pastu, my mum yang garang macam singa lapar datang. Adooii kepoh manalah yang dah gi bilang dia. Last ketiga-tiga kena heret ke rumah.



Teruk I kena blasah ngan emak, rembat guna getah paip, berbilai kaki. Kalau ada talian Tele-Dera memang dah lama kena repot. heehee. Mak cakap "Petir-petir gini kau bawak adik-adik kau duduk atas pokok?! Kat situ kan ada penunggu! Sikit takde rasa takut eh! Nak jadi setan dok kat pokok petir-petir gini? Kalau kena sambar petir macamana?" 

Masa tu tak faham maksud emak tapi skarang dah tahu. Rupanya makcik kepoh tu nampak dua lembaga hitam, mata merah berpaut kat dahan terjenguk-jenguk kearah kat kita tiga beradik dari celah daun. Bila my dad balik keje, habis dia pecahkan my tree house. Tapi tak kesah pasal I ada rumah lagi dua. haha.. Satu bawah pokok beringin kat tepi longkang besau, yang lagi satu bawah semak-semak kat playground. hehe.

Satu hari tu I tengah kutip tikar-mengkuang orang buang kat pondok sampah. Ntah macamana hari tu mmg suwey lah becoz my dad lalu kat situ. Dia nampak I tengah lipat tikar tu dia jerit suruh balik. Balik rumah kena bedal lagik lah. I nanes lari masuk hutan. Semunyik dalam pokok beringin. Dekat tengah sebatang pokok tu berlubang besar cukup untuk menampung dua kanak-kanak. Sebab itulah kununnya hendak beralas tikar-mengkuang so bolehlah lepak kat situ lepas sekolah.

Satu malam jiran-jiran yang lelaki riuh mencari I dengan lampu colok hehe.. I nampak dorang panggil-panggil nama I, dorang suluh kat bawah pokok beringin betul-betul kat muka I.. hehe tapi dorang tak nampak I. Then I saw my eldest brother approached pokok beringin with my dad and his best pren.


Dengar abang I cakap "Dia selalu kat sini". Lagi satu kepoh ni dah gi pauto. Terkekek kekek I giggled coz dorang tak nampak I. Macam magic rasa nya. Then my brother cakap "Dengar tu suara dia ketawa!" Aiyooo ini olang manyak bising wooo.. Dorang suluh inside the tree then I buat muka sedih tengok dorang, pastu I panic pasal dorang tak nampak I yang duduk dlm tu. Terus I meraung menangis panggil my dad. Suddenly I heard my dad azan kat luar pokok. I dengar his bestfren with few guys baca-baca juga kat luar tu.
Habis aje dorang membaca surah, dengar orang pekik "Itu dia!" pointing at me dlm pokok sedang menangis sedih. My dad tak marah pun he pimpin ajak balik rumah. Sampai rumah dia suruh I mandi pastu makan. Both mum and dad tak marah I malam tu. hehe.. A week later I passby kat pokok tu. Fuyooo tak tahu lah carpenter mana dah gi tampal lobang kat pokok tu dengan papan!

Tapi I masih ada satu lagi rumah dalam bushes kat tepi playground hehe.. but bila hujan air masuk dari cecelah daun. Tapi tak best sangat rumah yg No. 3 tu.

Best ingat kisah zaman kanak-kanak dulu. Kuar masuk longkang, rumah kosong jadi karaoke lounge. Teringat masa nak tangkap mengkarung, pastu kena kejar haha..Padan muka I! Lagi satu budak 'dogel' ialah Mok Spirit hehe. Tp dia anak bongsu manje tak macam I selalu kena bleasah. Tak I, dia.. tak dia, I. Selalu kasi panik orang hehe. Cheers Mok! U my preng!

Cerita Seram - Rumah Berhantu

Tanpa menyebut lokasi, inilah rumah berhantu yang menggembleng mental saya dalam menghadapi hantu
Saya percaya, bahwa manusia berbagi tempat dengan makhluk tak kasat mata. Saya percaya, bahwa hantu atau jin ada dimana-mana. Di rumah, di jalan, di sekolah, di kantor, di pasar, bahkan di masjid. Ketika ada teman yang membantah karena takut atau tidak percaya, saya kembalikan kepada opini masing-masing. Yang jelas, mereka ada dan nyata. Jika tidak dapat melihatnya, tak perlu merasa takut karena itu terkait dengan keterbakatan saja. Jadi jika tak punya bakat melihat hantu atau jin, berhentilah takut, apalagi memikirkan keberadaan mereka. Jalani hidup dengan bahagia dan mengingat mereka hanya sebagai mitos atau urban legend, tetapi jangan mengingkari keberadaan mereka. Saya berani beropini seperti ini karena saya dan suami beberapa tahun ini hidup di rumah yang berhantu.
8 tahun lalu kami sekeluarga pernah berstatus sebagai pengontrak rumah. Tanpa kami sadari, rumah yang kami kontrak itu termasuk angker. Baiklah.... bodohnya kami. Ada sebuah rumah yang dikontrakkan senilai 500 ribu pertahun (8 tahun lalu) dan kami mengambilnya. Suami hidup nyaman karena ia tidak berbakat melihat hantu (sampai sekarang), tetapi saya mendapat edisi khusus inagurasi hantu. Sesosok kakek bersorban putih datang mengunjungi saya. Tak ada kata-kata, tentu saja. Tak parah, karena kebiasaan saya jika pindah rumah adalah membuat khajatan kecil dengan tetangga baru agar dapat memperkenalkan diri. Si sulung Destin mempunyai bakat melihat hantu dan ia diganggu nenek-nenek bungkuk. Saya dan suami segera mencari cara menutup bakat yang satu ini. Saya pernah menjalani ritualnya membuang bakat anak melihat hantu. Well... tidak bisa disebut ritual, karena bentuknya dzikir dan bacaan alqur'an tertentu sambil mengelus-elus badan anak, melangkahinya, dan aah.. saya lupa tepatnya. Tak ada bunga atau kemenyan. Murni dzikir tertentu dengan jumlah tertentu dan bacaan surat Al qur'an tertentu dengan jumlah tertentu. Hasilnya memang si sulung tak lagi bisa melihat hantu. Kami bertahan di rumah kontrakan itu selama 1 tahun. Dan si bungsu lahir di rumah kontrakan ini. Ari-arinya masih saya tinggal di rumah ini dengan harapan, kelak saya dapat membeli rumah ini nantinya.


Tahun selanjutnya, kami mengontrak sebuah rumah luas sekaligus workshop. Sekali lagi kami merasa sangat beruntung. Rumah workshop besar bernilai sewa 20 juta pertahun saya dapatkan dengan nilai 18 juta per dua tahun. Rumah ini muat menampung mebel sebanyak 2,5 kontiner. Di sebelahnya sebuah masjid. Dan...rumah ini sangat-sangat berhantu. Melihat sosok mirip suami berkelebat di depan mata sudah biasa. Mendengar suara ribut (oarng bicara atau berlarian) di kamar tidur ketika kami di ruang tengah juga sangat-sangat biasa. Bahkan benda bergerak sendiri juga hampir setiap tengah malam. Kabarnya, di rumah ini ada makam bayi yang belum sempat lahir. Uniknya, sesosok wanita berpakaian keraton warna merah pernah muncul dari dalam lemari pakaian saya. Hanya satu kali saja, dan konfirmasi saya dapatkan ketika ada tetangga rumah yang bercerita pada suami tentang wanita berbaju merah yang menempati rumah itu. 

Uniknya, di rumah ini, suami yang tidak memiliki bakat melihat hantu, ikut merasakan kehadiran makhluk tak kasat mata ini. Ia sering mendengar suara tutup (gelas?) diputar dengan bunyi sreg... sreg... atau suara pintu kaca yang digedor-gedor dari luar, suara cekikikan dari pavilyun atas.... Ia tak pernah melihat, hanya mendengar saja. 

Di rumah ini ada 3 orang yang sering dijahili. Saya, suami dan seorang sepupu yang merangkap sebagai pegawai. Alkisah, maghrib tanggal 10 suro 1431, kami sekeluarga tertahan di rumah teman ketika sedang bertamu. Hujan deras campur petir membuat kami cemas akan nasib komputer di rumah yang saat itu sedang online. Rumah itu beberapa kali terkena petir (setiap tahun petir menyambar ke tempat yang sama - tiang telpon) dan sudah 3 x kami ganti komputer karena tersambar petir. Suami menelpon sepupu saya agar mencabut line telpon ke komputer saat itu juga. Perintah dilaksanakan. Ketika akan pulang, listrik mati. Kalang kabut dan dengan penerangan lampu HP, sepupu saya buru-buru mencari kunci motor. Ia mencari kunci selama 1 jam. Semua sudut rumah dicari termasuk ke kolong-kolong meja. Ia membungkuk ke kolong-kolong meja dan kursi, ke sudut-sudut terjauh belakang mebel tempat ia meletakkan kunci meja. Dan tetap tidak ketemu. Ketika ia jengkel dan berkata “Kembalikan kunciku!”, tahu-tahu sebuah kunci nempel di bahunya (ia memakai kaos oblong). Ia segera berlari keluar dan tak mau ke rumah itu sendirian lagi. Hahahaha... ups... harusnya Hihihihi... (Saya beberapa kali diisengi jadi geli saja mengetahui ada yang bernasip sama). Pendek kata, di rumah workshop ini kami belajar mengendalikan rasa takut. Sejak saat itulah, saya nyaman menonton film horor dan mulai suka membuat review film-film horor. Karena di dunia nyata, saya mengalaminya sendiri. Saya bertahan di rumah ini selama 4 tahun. Sungguh 4 tahun yang luar biasa. 


Rumah tinggal saya saat ini juga menjadi rumah singgah 3 jin yang kadang datang menengok. Saya pernah melihat wujud mereka sebagaimana jin, dan pernah melihat dalam wujud almarhum bapak saya. Reaksi saya? Reaksi normal: takut dan cemas, tetapi tidak histeris. Karena saya tahu saya tak bisa mengusir mereka. Ada sesuatu yang mengikat mereka di rumah ini dan satu-satunya yang bisa mengusir mereka adalah almarhum bapak. Katanya begitu. Saya pasrah saja. Toh rumah ini hanya menjadi semacam rumah singgah seperti 2 rumah seram yang saya tempati sebelumnya. Saya akan memiliki rumah saya sendiri kelak, jika saya berhasil mengumpulkan uang lagi. Harapan itu tak pernah sirna. 

Kesimpulan cerita: meski saya beberapa kali melihat hantu/jin, si sulung juga begitu, tetapi suami dan si bungsu tak pernah melihat mereka. Jikalau pernah, hanya berupa bau gosong yang spesifik seperti bau ubi campur jagung dan nasi yang gosong menjadi arang. Itu deskripsi yang dapat saya berikan berkaitan dengan tanda kehadiran jin di sekitar kita – jika mampu merasakannya. Jika tidak? Kamu orang yang sangat-sangat beruntung dan berhentilah takut akan hantu. Bagaimana? Masih takut hantu atau jin? Gapapa... itu reaksi normal kok. Saya juga masih takut pada mereka dan berharap ga bakal ada yang tiba-tiba muncul di depan saya seperti kisah saya bertemu pocong di sebuah hotel dulu. Karena hantu yang paling saya takuti adalah hantu pocong (dan saya pernah bertemu 2 kali! Halah! Mengingatnya masih membuat saya merinding semua.

Credit:Sumber

Kisah Seram - Terjumpa Cik Langsuir Di Masjid Ubudiah


Image result for kisah hantu seram

Dunia Seram - Kisah di berlaku di sekitar tahun 1996-97. Lama dah, tapi masih segar di ingatan, aku bersama rerakan bercadang nak memancing lampam di Sungai Perak. Sebenarnya sgt banyak port utk memancing lampam di sekitar bukit chandan, tapi kami semua bersetuju nak memancing di belakang masjid Ubudiah pasal sana sesuai untuk aktiviti memancing beramai-ramai. Walaupun dengar2 cerita tempat yg nak dituju agak keras. Tapi disebabkan ramai, dan musim lampam tgk rancak, hantu setan tolak tepi dulu... hehehe

Nak di jadikan cerita, dalam ramai2 tu, ada seorang yang last minit kensel, pasal ada hal peribadi. kami pun ramai2 mengutuk budak yg tak jadi pergi tu kononnya dia tu penakut la, anak emak la, memacam la kene kutuk budak yg tak jadi pergi tu.. hehehe... 

Malam tu, dalam jam 9 kami bertolak kesana, semuanya bawak motor pasal kereta mmg tak muat. mana muat 8 orang naik kereta beb... hehehe...

Sampai je ke destinasi, kami semua kene turun melalui lereng bukit yang agak curam sebelum sampai ke tebing sungai yg berdataran. Lokasi sesuai untuk memancing. turun je di tepi tebing, tanpa banyak cerita, semua pasang jorang dah letak umpan. Umpan pulak pakai perut ayam yg dah peram 2-3 hari, dia punya bau... wow, hehehe... tapi apa nak buat, itu makanan peberet lampam. hehehe...kami semua duduk berbaris di tepi tebing sungai, 

Masa terus berlalu, ikan lampam dah banyak naik kedarat. tapi aktiviti memancing diteruskan, ikan tgh main, takkan mau berenti kot.. 

tiba tiba.. jeng jeng jeng.....

plop ..!!! plopp...!!! 

Bunyi air dilempar batu2 kecil. Mula2 kami semua tak endahkan bunyi air tu, sebab ingatkan bunyi air sungai berkocak, tapi lepas diperhatikan betul2, kami dapati bunyi itu terhasil dari batu yang dibaling kedalam sungai...

Pada mulanya, semua orang pakat2 buat tak tahu je dengan kejadian tersebut, tapi makin dibiarkan makin menjadi-jadi... yang herannya, kami semua duduk sebaris dan kami semua duduk dekat dgn tebing sungai, kalau nak diikutkan logik akal, takkan sorang pun yang tak kena baling dgn batu. power betul orang yang baling tu.

dan kami mulanya ingatkan orang yg baling batu itu adalah kawan kami yg tak jadi pergi, tak puas hati kene kutuk punya pasal, saja je datang senyap2 dan nak takutkan kami semua. jadi, semua orang pun bangun dan berjalan kearah lereng bukit untuk melihat samada ada tak orang menyorok kat situ. cari punya cari tak ada. 
Ada la dua-tiga orang yang mulutnya mak babak dia tak ambil insuran dulu dah start maki hamun orang yg baling batu tu. hehehe... Hati memasing mula rasa tak sedap. kita orang pun patah balik ke tepi tebing dan duduk.Baru je letak punggung kat atas tanah, 

Bedebab..!!!! 

seketul batu sungai bersaiz lebih kurang bateri kereta jatuh betul2 dekat tempat kami berkumpul, besar bateri kereta beb, kalau kena kepala tak tau la.. terus semua bangun dah tengok ke tepi lereng, masa itulah kami nampak bebola api, sedang berpusing ligat betul2 di tepi tebing. aku pulak time tu dah tgk kira kanan, kalau sorang start lari.. aku pun lari jugak.. takkan nak tunggu kot.. tapi nak lari kemana, sungai? mana nak lari... tu yg terpacak je semua tu.. hahaha....

Nasib baik ada sorang yang agak brave, dia azan... elok jer dia melaungkan azan, bebola api tu terus berputar ligat dan..terus terbang melangkaui kepala kami semua menuju ke seberang sungai.... masa dia terbang atas kepala tu, semua otomatik meniarap atas tanah takut kene sambar, angin mmg kuat time tu dan kami memang nampak dia terbang menyeberang sungai perak menuju ke seberang...

Terus semua bangun packing barang pancing terus balik, yg kelakarnya, masa packing semua berlagak cool, masa nak naik lereng bukit, sekor2 kelam kabut nak naik dulu... hahahaha... dan yg paling tak bestnya, bila dah sampai ke motor, baru perasan yg ikan lampam tertinggal... hahaha... sorang pun tak berani nak patah balik amek... 
sumber : carigold

Kisah Misteri - Hantu Bajak Laut


Apakah Ini Hantu Bajak Laut Willy Wilcox?

Penampakan hantu bajak laut Willy Wilcox. Foto
Jika ditanya, apakah Anda percaya kepada hantu? Mungkin ada yang bilang "percaya" ada juga yang bilang "tidak," itu sah-sah saja, karena pengalaman yang berhubungan dengan dunia gaib setiap orang berbeda-beda.
Namun beberapa bukti yang sering diunggah di jejaring sosial, membuat banyak orang bertanya-tanya, apakah sosok tersebut benar adanya atau hanya editan foto saja. Apalagi jika Anda tidak mengalaminya secara langsung.

Namun beberapa sosok legendaris yang telah meninggal, terkadang sering 'memperlihatkan' dirinya baik dalam bentuk bayangan atau wujud yang jelas. Salah satunya sosok bajak laut yang cukup terkenal, yang menghantui gua Cornish.

Sebuah foto berhasil ditangkap, saat sosok ini keluar dan menakut-nakuti orang-orang yang berani mengganggunya di gua tersebut.

Foto ini diambil oleh seorang wisatawan, dan ia yakin telah menangkap hantu Willy Wilcox pada kamera smartphonenya. Foto yang diambil oleh pengusaha Inggris, John Dyer di Polperro, Cornwall, menunjukkan sosok bayangan di belakang gua, di mana dalam legendanya, ia adalah penyelundup terkenal yang telah meninggal.

Bajak laut bernama Willy Wilcox ini bersembunyi dan menghilang di gua-gua labirin di daerah ini, pada saat itu. Bajak laut ini dikatakan telah terperangkap di dalam gua saat air pasang, ketika mencoba bersembunyi dari orang-orang yang mengejarnya.

Willy memainkan peran penting dalam perekonomian lokal selama paruh kedua abad ke-18, ketika pajak yang tinggi yang dikenakan pada baran,g untuk membiayai perang dengan Amerika dan Perancis.

"Saya di sana selama beberapa hari mengunjungi orang tua saya, karena mereka berada di sana selama seminggu. Kami telah mengunjungi Polperro setiap tahun sejak saya lahir. Dan saya melihat kemungkinan hantu bajak laut dari Willy Wilcox," kata Dyer.


Credit:Sumber

Selasa, 16 Jun 2015

Cerita Hantu - Mt Kiara




Interesting story dari Hardy Jay... gambar asal dari Hardy Jay...


Cerita pasal ular mmg I ada experience berbual hati ke hati kat KL Mt Kiara semasa berbasikal dalam hutan keseorangan.
Dunia Seram - Cerita berlaku almost 3 tahun yang lalu. I drive up selepas subuh alone from Singapore to Kuala Lumpur first x goin to Mt Kiara mountain bike trail. Sampai sana dalam tengahari but take me 2hrs sesat just to look for the entrance of the trail. 1st day tak ride sebab too tired driving almost 6 hrs straight so decide to ride next day morning to book hotel & rest.
Bila next day morning selepas subuh, I set up bawa kereta to the trail terpusing-pusing lost my way almost 2hrs baru jumpa. Pada hal its only 3km away from my hotel.

Selepas rest sekejap set up terus ride. As usual first x ride bnyk juga jatuh berkali2.. Tapi semangat nak ride just carry on. Selepas hampir satu jam naik ke puncak was almost tepi lereng suddenly I terdengar bunyi guruh seolah2 mcm satu batu boulder besar bergoleng2 coming towards me dari atas Bukit dgn pantas. I stop my bicycle & dismount. Hati jantung berdengup dgn cepat menunggu apa yg mendatang.

I turun berdiri sebelah kiri basikal @ dia mendatang dari atas kanan liring Bukit terus terberhenti abt 2 meter Dari saya. Dengan denyutan jantung yg just Dan menyirap darah ni saya angkat basikal supaya manjadi perisai saya antara benda tu. Benda tu terus bertukar menjadi se ekor ular tendung yg hitam besar naik setinggi hampir 2 meter bersiap sedia utk patuk saya.. Dlm hati ada ayat di Al Quran yg saya pelajari utk menundukkan binatang buas jadi saya bacakan lepas tu ia seolah2 terpaku tak jadi memetok

Dlm masa yg sama saya terasa suara dlm hati menyoal saya.. Kau siapa & buat apa di sini?

Saya menjawab kau siapa? Kenapa kau ganggu aku? Dia jawab.. Aku penunggu di sini.. Kau telah mencerobohi kawasan aku..

 Saya jawab pada dia.. Ni Bukan Kawasan kau tapi Kawasan awam Dan aku di sini utk beriadah tumpang lalu. Sambil jawab dlm hati saya Masih baca ayat itu perlahan2 saya sembur kearahnye. Dia melihat saya dgn mata yg Merah Susah nak describe.. Dia berkata.. Aku tak suka manusia menganggu ketenteraman kami di sini.. Klau kau nak Selamat pergi patah balek klau tak nanti kau Akan parah.. Saya jawab.. Kau Dan aku Kita sama2 makhluk Allah berkungsi tpt hidup di dunia ini.. Walaupun bagaimana pun skrng antara kau dgn aku.. Kita beriadah Secara Aman atau Kita bertarung skrng. I sendiri pun tak tahu mcm mana I hv e odesity to say tt.. Seolah2 confident bole menewaskan dia.. We see eye to eye yg hairan I tak gentar pun masa tu.. Lepas tu dia ckap.. Fikirkan apa yg aku ckap kan pada kau.. Lepas tu dia menaikan badan nye menunduk Dan terus lompat kekanan.. Mangelusur on e trail panjang nye Ada dlm 6 meter Dan Lebar badan ada dlm 5 inchi.. Dengan Cepat mcm stealth beredar Dari situ menghala he Arah depan trail yg saya Akan lalui seolah2 badannye tak menjejak tanah.. Susah nak explain..

Selepas tu saya rasa seolah2 tersedar Dan berkata pada diri sendiri betul ke apa yg terjadi.. Mcm sebuah khayalan mimpi. Belum decide to continue atau tak tapi badan ni terketar2.. Jantung heart beat mcm mcm lari 100 meter sprint.. Oleh kerana dah kasi warning.. I pun gostan balek another 1hr ride sorang2.. Bila sampai di Kereta I nampak ambulance sampai Dan ramai orng di sana.. Sedang menunggu Kecoh. I sempat Tanya pada one of the Malaysian riders apa yg berlaku.. Dia ckap Ada budak riding dekat trail I tadi jatuh lereng bukit patah kaki.. Just 100 meters dari tempat i jumpa that ular dan buat I pun berfikir.. Adakah penunggu ular kasi warning kat I so that this thing dun happen to me.. 

Sampai sekarang that insident Masih fresh in my mind..

Credit:Sumber

Kisah Misteri - Jampi Menjadikan Wajah Berseri-Seri

oleh: Dirgo Suriansyah



Dunia Seram - Pertemuanku dengan Hasan di Bandara Hang Nadim, Batam, beberapa waktu yang lalu, akhirnya terus berlanjut. Maklum, Hasan yang mukim di Tanjung Pinang, kini sedang merintis usaha di bidang rumah makan di Batam. Yang paling berkesan dari Hasan adalah wajahnya yang sama sekali tidak pernah berubah. Walau usia sudah menginjak kepala lima, tetapi, ia benar-benar kelihatan awet muda. Dengan kata lain, wajah Hasan sekarang sama dengan wajahnya ketika masih duduk di bangku SMA dulu.
Ketika hal itu kutanyakan, dengan nada kelakar ia pun mengatakan:
“Sebagai orang Melayu, aku tergolong taat menjalankan jampi-jampi yang
kuanggap bermanfaat.”
“Maksudnya?” Potongku cepat.
“Ya … yang bermanfaat dengan bidang yang kugeluti tentunya,” jawabnya sambil tersenyum.
Aku hanya mengangguk-angguk walau tak mengerti dengan apa yang dikatakannya.
Maklum, walau darah Jawa mengalir kental pada setiap pembuluh darahku, tetapi, keluarga tak pernah menceritakan apalagi mengajarkan berbagai hal yang berbau mistik.
Ketidakmengertianku akhirnya terjawab ketika pada suatu hari libur Hasan
mengajakku untuk singgah di rumahnya di bilangan Tanjung Pinang setelah
menyeberang dengan “ferry” dan dilanjutkan dengan naik angkot, akhirnya, kami pun tiba di depan sebuah bangunan rumah dengan model Melayu.
“Assalamu’alaikum ..” demikian Hasan melakukan uluk salam ketika tiba di depan rumah.
“Wa’alaikumsalam … ayah …,” demikian terdengar suara manja dari seorang anak perempuan yang tengah beranjak dewasa.
Tak lama kemudian, tampak wajah mungil, cantik berkulit putih yang menghambur ke pelukan Hasan. Sang ayah pun langsung membungkuk dan mencium gemas pipi kiri dan kanan anaknya.
“Hasanah … kenalkan, ini Om Dirgo, teman ayah ketika masih SMA dulu.
Sekarang ia pindah tugas di Batam,” ujar Hasan.
Hasanah pun mengulurkan tangan sambil menyebutkan namanya.
“Silakan duduk Om,” lanjutnya.
“Dirgo hanya tersenyum. Belum lama duduk, dan ketika matanya menyapu
beberapa foto yang terpampang di dinding, hatinya langsung tercekat. Betapa tidak, ternyata, Hasan berhasil mempersunting Tuti, sang primadona di sekolahnya.
Belum lagi terjawab beberapa pertanyaan yang melingkar-lingkar dalam benaknya. Dirgo kembali tercekat tatkala daun telinganya mendengar sapaan halus dan merdu; “Dirgo … apa kabar?”
“Baik … baik,” demikian sahut Dirgo sambil menjabat tangan halus yang
diangsurkan oleh tuan rumah.
“Akhirnya …,” hanya itu yang terucap dari mulut Dirgo.
“Ya … akhirnya Hasan yang berhasil menyuntingku. Kegigihannya telah membuat aku jatuh hati kepadanya,” sahut Tuti dengan renyah.
Tuti benar-benar tidak berubah. Selalu ceria sebagaimana waktu sekolah dulu. Itulah yang membuat kenapa ia memiliki banyak teman dan dikenal oleh seluruh guru dan siswa mulai dari kelas satu sampai kelas tiga tak terkecuali para pedagang yang biasa mangkal di sekolah itu.
“Ada apa?” Tanya Hasan sambil duduk dan meminta tolong Tuti untuk menyiapkan minum dan sekadar kudapan.
Tak sampai sepuluh menit, Tuti kembali dengan dua gelas kopi dan sepiring goreng pisang yang masih panas. “Silakan dicoba …kalau tak salah ingat, goreng pisang adalah makanan kegemaranmu.”
“Wah … wah …, rasanya seperti waktu sekolah … ya,” demikian sahut Dirgo dengan wajah sumringah.
Tanpa banyak basa-basi, akhirnya, ketiga sahabat itu mulai berceloteh tentang indahnya masa SMA dulu. Hasanah yang mulai terlibat pun sesekali menimpali celoteh tersebut dengan istilah-istilah anak zaman sekarang.
Ketika Tuti menanyakan apakah Dirgo jadi mempersunting Sinta, dengan wajah dan senyum kecut terdengar jawaban, “Wah… gagal. Kalah cepat sama Ghafur … aku menikah dengan Alya … adik kelas kita. Anak IPS.”
“Wah … cinta Om Dirgo pernah ditolak ya …,” potong Hasanah, “kenapa tidak
belajar Jampi Wajah Berseri dari ayah,”sambungnya.
“Maksudnya?” Tanya Dirgo penasaran.
“Wah … Om Dirgo tidak tahu kalau kakek dari ayah dan bunda adalah orang pintar, “sahut Hasanah dengan bangga.
Dirgo meminta penjelasan dengan cara menatap wajah Hasan dan Tuti. Keduanya hanya tersenyum sambil menganggukanggukkan kepala tanda mengiakan. Hampir bersamaan, pasangan suami istri itu pun berkata, “Sebagaimana lazimnya keturunan Melayu, aku dan Tuti tergolong taat mengamalkan jampi-jampi yang bermanfaat bagi kehidupan sehari-hari
kami.”
“Oh …,” hanya kata itu yang terlontar dari mulut Dirgo. Keheningan mulai menyungkupi ruang tamu yang semula dipenuhi dengan gelak tawa. Yang terdengar hanyalah helaan napas berat Dirgo yang tampaknya tengah
berpikir keras. Melihat hal itu, Hasan dan Tuti seolah tak ingin mengganggu lamunan Dirgo yang kala itu tengah terbang entah kemana. Dan tak lama kemudian, setelah menghembuskan napas berat beberapa kali, Dirgo pun berkata dengan nada penuh harap, “Mungkinkah aku dapat pula mengamalkan agar target penjualanku dapat tercapai?”
“Kenapa tidak, almarhum ayah telah memberikan izin kepadaku untuk
mengijazahkan ilmu-ilmu yang ada kepada yang berhak dan ingin mengamalkannya,” sahut Hasan mantap.
Dengan wajah sumringah, Dirgo pun mendengarkan apa yang bakal dikatakan
oleh Hasan lebih lanjut. “Yang perlu menjadi perhatian adalah, semua itu dari Allah SWT … sedang mantra atau jampi hanya merupakan permohonan kepada-Nya,” tutur Hasan lebih lanjut.
“Oleh karena itu, dekatkanlah selalu diri kita kepada Allah SWT, Insya Allah, apa yang diminta bakal dikabulkan. Selanjutnya, syukurilah nikmatnya, maka, engkau bakal mendapatkan yang lebih dari-Nya,” imbuh Hasan.
“Selanjutnya, janganlah menjadi manusia yang kikir. Ingat, di dalam rezeki
yang kita terima, terdapat sebagian rezeki dari kaum dhuafa. Jika hal tersebut bisa engkau jalankan dengan ikhlas, maka, aku bisa mengijazahkan Jampi Wajah Berseri kepadamu,” lanjut Hasan.
Sejenak Dirgo merenung dan akhirnya berkata, “Karena tidak menyimpang dengan ajaran agama, maka, aku berjanji akan menjalankan apa yang tadi engkau katakan dengan ikhlas.”
“Baik, nanti setelah mendirikan shalat Isya berjamaah, Jampi Wajah Berseri akan kuijazahkan kepadamu. Sekarang istirahat dulu, nanti kita mendirikan Maghrib dan Isya berjamaah di surau itu,” ujar Hasan sambil menunjuk ke arah selatan rumah.
Singkat cerita, seusai mendirikan shalat Isya berjamaah, Hasan pun menerangkan tata cara penggunaan Jampi Wajah Berseri sebagai berikut; usai mendirikan shalat Subuh, seiring dengan mentari terbit, ambil embun pada dedaunan dengan menggunakan kedua telapak tangan (jika tidak ada, gunakan segelas air yang diembunkan), kemudian membaca;
Bismillahirrahmanirrahim,
Hai embun mustika embun,
Embun bernama Jalalullah,
Aku memakai mustika embun,
Aku anak aminullah.
“Selain untuk meningkatkan cahaya pada wajah, jampi ini juga bermanfaat sebagai ilmu pekasih. Oleh karena itu, sebagai seorang pemimpin divisi marketing, maka, ilmu ini sungguh tepat jika engkau amalkan dengan istiqomah,” papar Hasan menutup pembicaraan. Dirgo pun mengangguk. Dan
benar, karena Allah SWT lewat Jampi Wajah Berseri, akhirnya, Dirgo berhasil menjadi salah seorang yang berhasil di bidangnya.
Bahkan, ia mulai dipromosikan untuk menjadi salah seorang pimpinan cabang di Singapura.



Credit:Sumber